Selain menyanyi dan menari, Lisa BLACKPINK nampaknya akan mengembangkan lagi kerjayanya sebagai seorang pelakon pula!
Terbaru, Lisa telah terlibat dengan penggambaran dan temu bual bersama majalah V Magazine, di mana wanita itu ada bercerita tentang pelbagai perkara termasuklah pengalamannya kali pertama berlakon dalam “The White Lotus 3”.
Kongsi penyanyi “Moonlit Floor” itu,
Ini adalah projek lakonan pertama saya jadi pada awalnya, saya perlu menyediakan begitu banyak perkara. Ia adalah dunia baru untuk saya. Saya sangat keliru.
Ulas Lisa lagi,
Tetapi pada hari pertama penggambaran, semua orang sangat memberikan sokongan. Mike White (pengarah)..saya sayang dia. Dia sangat chill dan sering memberitahu bahawa saya telah melakukan kerja yang baik. Saya tak percaya.
Untuk pengetahuan, Lisa akan membawa watak sebagai Mook dalam “The White Lotus 3” iaitu seorang pengurus hotel, penari dan juga mentor kesihatan.
Nantikan tayangannya bermula pada 16 Februari nanti!