Ternyata Yoo Jae-suk merupakan abang terbaik buat Lee Kwang-soo.
Lee Kwang-soo mendedahkan menerusi episod terbaru “Pinggyego” bahawa dia pernah pergi memandu bersama Yoo Jae-suk dan Ji Suk-jin sambil berbual tanpa henti pada masa lalu.
Yoo Jae-suk menjelaskan bahawa mereka hanya memandu tanpa tujuan dan Ji Suk-jin menambah,
Ia mungkin kedengaran membosankan tetapi kami benar-benar menikmatinya.
Yoo Jae-suk berkongsi,
Begitulah saya akhirnya memberikan banyak nasihat mengenai percintaan kepada Lee Kwang-soo. Saya gembira dia sedang bercinta dengan Lee Sun-bin dengan baik sekarang, tetapi dia banyak hilang arah dahulu.
Ulasnya lagi, hubungan lelaki tinggi lampai itu sering tidak berhasil apabila dia terlalu mengikut perasaannya secara objektif. Oleh sebab itu, Yoo Jae-suk meminta dia untuk terus meluahkan perasaan sekiranya mahu tanpa perlu berfikir ‘ya atau tidak’.
Dah 8 tahun rupanya mereka bercinta..
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.