Utama Drama Korea Duduki Tempat Pertama Bagi Kesemua Program Hari Sabtu, Rating ‘Taxi Driver’ Cecah...

Duduki Tempat Pertama Bagi Kesemua Program Hari Sabtu, Rating ‘Taxi Driver’ Cecah 15%

sbs taxi driver

Sudah pun 4 episod ke udara, nampaknya makin ramai yang terpesona dengan jalan cerita drama “Taxi Driver”.

Daripada webtoon dengan nama yang sama, “Taxi Driver” membawa kisah satu perkhidmatan teksi misteri di mana ia membalas dendam bagi pihak mangsa yang tidak dapat keadilan daripada undang-undang.

Mengujakan apabila episod ke-4 yang ditayangkan kelmarin berjaya meraih rating yang tinggi dan sekaligus memecahkan rekod peribadinya. Mengikut Nielsen Korea, “Taxi Driver” meraih rating sebanyak 11.5% dan 15.6% untuk episod terbarunya.

sbs taxi driver

Bukan sahaja menduduki tempat pertama dalam slot tayangan tersebut, bahkan ianya merupakan program yang paling menerima banyak tontonan bagi kesemua saluran bagi hari Sabtu. Dahsyat kan?

Daripada perhatian, kebanyakan penonton memuji lakonan yang ditonjolkan oleh Lee Je-hoon, Esom, Kim Eui-sung, Pyo Ye-jin dan pelakon yang lain. Kesemuanya berjaya menghidupkan watak mereka dengan baik selain menyajikan plot cerita yang memukau pada saban episod.

Serius tak rugi layan drama ini!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Loading...