Siapa sangka kan, Jennie dengan Suzy ni kawan rupanya!
Terbaru pada 31 Julai, Jennie BLACKPINK dan Suzy dilihat telah sama-sama menghadiri tayangan perdana untuk filem “Revolver”.
Melihat foto dan video yang dikongsi, mereka nampak mesra berjalan bersebelahan dan memukau orang ramai dengan kecantikan mereka yang tidak perlu dipersoalkan lagi.
240731 #JENNIE with Suzy for the VIP Premiere of “Revolver” pic.twitter.com/Xnv2oAnuy0
— (@NEWSJENNlE) July 31, 2024
Memandangkan kedua wanita itu tidak pernah mempunyai interaksi di umum sebelum ini, netizen rata-rata terkejut melihat persahabatan antara mereka.
Komen peminat,
- Wah, tak sangka mereka berkawan!
- Dua wanita cantik.
- Gabungan ikonik!
- Terkejut tengok visual mereka.
Ramai betul kawan Jennie ni!