Ikuti Kami:

Dua Peguam Berbeza Personaliti, Tonton Drama Perundangan ‘May It Please The Court’ Di Disney+ Kini

Dua Peguam Berbeza Personaliti, Tonton Drama Perundangan ‘May It Please The Court’ Di Disney+ Kini

Peminat drama perundangan pastinya seronok apabila mendapat tahu bahawa ada naskhah baru untuk anda.

“May It Please The Court” ialah sebuah drama perundangan misteri yang mengikuti Noh Chak-hee, seorang peguam yang menyerang apa dan siapa sahaja untuk memenangi kes serta Jwa Si-baek, seorang peguam pelik yang tak akan berhenti apabila mahukan sesuatu. Bersama, mereka berusaha menyelongkar kebenaran di sebalik sebuah kes misteri yang berlaku.

Menerusi sidang media khas, Lee Kyu-hyung, Jung Ryeo-won, Jung Jin-young dan pengarah Kang Min-gu telah mendedahkan lebih banyak cerita buat semua yang menantikan drama “May It Please The Court”.

disney+ may it please the court

Inspirasi koleksi esei

Untuk pengetahuan, siri 12 episod ini diambil idea daripada koleksi esei dengan tajuk yang sama. Komen pengarah itu,

Awalnya, saya tertarik dengan segera melihat tajuk koleksi esei itu. Selepas membaca esei berkenaan, saya mahu menggambarkan bagaimana peguam, meski dengan peluang kemenangan rendah, berlawan bagi pihak orang biasa seperti kita di mahkamah. Saya juga mahu membina watak di mana setiap mereka mempunyai rahsia tersendiri dan memikirkan bagaimana keserasian kesemua watak ini akan dibina apabila kisah ini dikembangkan.

Percubaan ketiga Jung Ryeo-won

Rasanya peminat K-Drama pastinya mengetahui bahawa pelakon wanita ini pernah menerajui drama perundangan lain seperti “Witch At Court” dan “Diary Of A Prosecutor”, disebabkan itu Jung Ryeo-won mengakui pada awalnya dia menolak untuk membintangi “May It Please The Court”.

Awalnya saya menyangka akan menolak tawaran ini selepas membaca skrip dengan pantas. Walau bagaimanapun, saya tak boleh berhenti di episod 1 atau 2 atau 3 sahaja lantas mengetahui yang ‘Mungkin saya terpilih untuk menerajuinya. Saya terlalu sukakan genre ini untuk tidak melakukannya. Saya memainkan watak sebagai peguam kali ini.

disney+ may it please the court

Bukan itu sahaja, Lee Kyu-hyung turut kembali ke dalam drama perundangan setelah berlakon dalam beberapa naskhah dengan tema yang sama sebelum ini. Pun begitu, lelaki ini menekankan bahawa siri Disney+ ini adalah berbeza dengan yang lain dan ianya pasti menarik perhatian penonton.

Setiap kes diselubungi misteri

Menurut setiap pelakon dan pengarah, “May It Please The Court” membawa cerita yang bakal menarik perhatian ramai kerana misteri yang menyelubungi saban episodnya. Jelas Lee Kyu-hyung,

Terdapat misteri yang tersirat di sebalik setiap kes mahkamah dalam saban episod. Kesemua cerita berbeza itu akan berbelit dan semuanya akan mula masuk akal. Dan apabila anda berjaya mencantumkan kesemua kisah, anda pasti akan memperbaharui langganan untuk bulan seterusnya.

Dalam pada itu, pengarah Kang Min-gu menjelaskan bahawa drama ini turut menampilkan elemen komedi meskipun dikategorikan sebagai naskhah perundangan misteri. Bahkan penonton akan meragui pelbagai watak di dalam ini dan mempersoalkan siapakah mereka sebenarnya.

disney+ may it please the court

Kisah romantik unik

Menurut penjelasan pengarah, kisah romantik dalam “May It Please The Court” tidak akan mengganggu perkembangan cerita perundangannya. Jelas Jung Ryeo-won pula, para penonton mungkin akan berasa tak puas melihat hubungan antara Jwa Si-baek dan Noh Chak-hee nanti,

Bukannya kami berusaha keras untuk mengekang kisah romantik di dalam siri ini namun fokus penulis adalah memastikan kisah utamanya tidak diganggu oleh cerita cinta yang merobohkan tunjang plot asal.

Lee Kyu-hyung pula menyatakan bahawa hubungan antara kedua watak ini akan lebih rapat pada episod akan datang dan ianya adalah lebih kepada kisah romantik yang’ tidak melebih’.

disney+ may it please the court

Bagi yang dah tak sabar menonton, korang boleh menyaksikan dua episod pertama “May It Please The Court” di Disney+ kini.

Selamat menonton!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...