Utama Gossip Dua Bulan Senyap Tanpa Berita, Peminat Lega Lihat Ahn Jaehyun Dalam Foto...

Dua Bulan Senyap Tanpa Berita, Peminat Lega Lihat Ahn Jaehyun Dalam Foto Terbaru

ahn jaehyun sihat

Sejak berita penceraiannya bersama pelakon Gu Hye-sun diuar-uarkan pada media, Ahn Jae-hyun mengambil langkah untuk mendiamkan diri sahaja.

Malah dia turut meninggalkan laman media sosialnya sepi tanpa perkhabaran sehingga membuatkan ramai peminat yang risau akan keadaan dirinya selepas perkhabaran berita sedih tersebut.

Pun begitu, kelmarin, Ahn Jae-hyun telah memuat naik beberapa keping foto di Instagram dan berkemungkinan mahu menyampaikan bahawa dia baik-baik sahaja ketika semua sibuk meyambut perayaan Chuseok di Korea.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @aagbanjh on

Walaupun tidak disertai sebarang kapsyen, peminat meluahkan rasa lega melihatkan lelaki itu nampak sihat dan baik dalam gambar-gembar tersebut.

Mungkin dia hanya mahu berehat sementara waktu sebelum kembali aktif dalam dunia lakonan, bahkan dia turut menolak untuk muncul dalam dua musim “New Journey To The West”.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Loading...