Ikuti Kami:

DREAMCATCHER Tambah Teruja Peminat Dengan ‘APOCALYPSE: SAVE US’

DREAMCATCHER Tambah Teruja Peminat Dengan ‘APOCALYPSE: SAVE US’

Penyanyi kumpulan wanita, DREAMCATCHER yang kini bernaung di bawah Dreamcatcher Company ini semestinya sering menjadi topik perbualan hangat dalam kalangan peminat K-pop. Kali ini, mereka bukan sahaja menjadi topik perbualan bahkan mereka menambah keterujaan peminat dengan comeback yang akan datang.

Keberhasilan mereka dalam meraih perhatian dan teruja penonton selayaknya dipuji kerana lagu-lagu serta persembahan yang diberikan sepanjang debut mereka iaitu pada 13 Januari 2017, adalah persembahan dan lagu yang sangat berkualiti dan sentiasa meninggalkan impak tersendiri.

DREAMCATCHER

Mereka kembali setelah pelancaran album “Dystopia: The Tree of Language” pada tahun 2020 yang lalu dan untuk comeback kali ini, mereka akan membuka trilogi yang baharu, “Apocalypse” yang dikhabarkan akan dilancarkan pada 12 April ini. Melalui album ini, mereka akan menyampaikan mesej mereka tersendiri serta pandangan dunia mereka. Malah, mereka juga akan menzahirkan impian mereka melalui MV kali ini untuk terus maju ke arah yang lebih baik di dalam dunia yang berliku.

DREAMCATCHER juga telah memuat naik video teaser untuk album kedua “Apocalypse: Save Us” di laman akaun YouTube rasmi mereka (Dreamcatcher official), dan setakat ini mereka sudah berjaya meraih hampir seratus ribu jumlah tontonan.

Jangan terlepas keluaran album terbaru mereka 12 April ini!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...