Anda biasa dengar tak drama bersiri web popular di Korea iaitu “Love Playlist”? Alaa kisah romantik dan masalah cinta yang menyelubungi para pelajar di sebuah universiti. Disebabkan kepopularitiannya, siri tersebut kini bakal dijadikan drama penuh dan dinamakan sebagai “Dear.M”.
“Dear.M” membawa kisah pencarian sekitar kampus mengenai seorang individu misteri bernama ‘M’ yang disebut dalam sebuah entri tidak bernama di laman komuniti Universiti Seoyeon. Drama romantik realistik ini akan menyaksikan perubahan hubungan dan kisah cinta yang mula berputik di antara pelbagai watak selepas disedarkan oleh ‘M’.

Barisan pelakon drama web Love Playlist
Cha Min-ho (Jae-hyun kumpulan NCT), seseorang yang bijak dan berimaginasi tinggi ialah seorang pelajar tahun kedua kejuruteraan komputer dan telah mencadangkan idea mengenai aplikasi baru mengujakan. Ma Joo-ah (Park Hye-soo) adalah pelajar tahun kedua pentadbiran perniagaan yang tidak pernah mempunyai teman lelaki dan suka menyibuk hal orang lain kerana sifat ingin tahunya. Kedua mereka adalah rakan baik yang sudah mengenali satu sama lain 12 tahun lamanya.
Dalam pada itu, Kim Sae-ron dan Bae Hyun-sung akan membawa watak yang sama daripada “Love Playlist”, di mana masing-masing akan membawa watak Seo Ji-min dan Park Ha-neul. Dalam “Dear.M”, mereka akan terus membuatkan penonton berbunga dengan hubungan cinta mereka tetapi Park Ha-neul kini juga bersungguh-sungguh mengejar impiannya sebagai pembangun permainan.

Dari kiri: Park Hye-soo, Jae-hyun NCT, Kim Sae-ron, Bae Hyun-sung
Pihak produksi “Dear.M” menjelaskan bahawa penulis “Love Playlist” sendiri bakal bergabung tenaga untuk drama yang akan ditayangkan di KBS ini.
Sila nantikan jenis cinta dan masalah yang dihadapi setiap watak setelah terlibat dengan ‘M’. Selain walaupun berada dalam persaingan yang sengit, masih lagi diselit dialog yang mudah difahami dan juga momen sentimental.
Khabarnya “Dear.M” bakal menemui penonton pada pertengahan awal 2021!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.