Ikuti Kami:

Drama ‘Twenty-Five Twenty-One’ Akan Rilis OST Pertama ‘Starlight’ Nyanyian Taeil NCT

Drama ‘Twenty-Five Twenty-One’ Akan Rilis OST Pertama ‘Starlight’ Nyanyian Taeil NCT

Tae-il dari kumpulan popular NCT, akan mengambil bahagian dalam OST pertama menerusi drama baru tvN “Twenty-Five Twenty-One”!

Pada 11 Februari, studio Maum C, yang bertanggungjawab menghasilkan OST untuk drama tersebut mengumumkan,

Tae-il telah disahkan sebagai penyanyi untuk ‘Starlight’ bagi OST pertama untuk ‘Twenty-five Twenty-One’.

“Starlight” ialah lagu yang menceritakan tentang hati muda yang menyegarkan dan murni. OST pertama drama ini mengandungi perasaan orang muda yang rancak lagi hangat, seperti lirik dalam lagu ini yang ditulis “Ingatlah bahawa kita adalah makhluk yang bersinar lebih daripada segalanya”.

nct taeil ost twenty-five twenty-one

Sementara itu, drama “Twenty-Five Twenty-One” membawa kisah dua orang yang pertama kali berjumpa semasa mereka berumur 22 dan 18 dan memulakan cerita cinta mereka 4 tahun kemudian, pada usia 25 dan 24. Drama ini memaparkan cerita muda-mudi yang melalui pelbagai perkara seperti romantik, perkembangan dan persahabatan.

Nantikan drama “Twenty-Five Twenty-One” akan mula ditayangkan pada 12 Februari di tvN dan Netflix, serta OST nyanyian Tae-il akan dirilis pada 13 Februari jam 5 petang!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi. 

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...