Utama Drama Korea Drama Thriller Malapetaka Dek Penyakit Berjangkit, Park Hyungsik & Han Hyojoo Dilamar...

Drama Thriller Malapetaka Dek Penyakit Berjangkit, Park Hyungsik & Han Hyojoo Dilamar Terajui ‘Happiness’

tvn happiness

Selepas tamat latihan ketenteraan, ramai yang ternanti-nanti projek baru Park Hyung-sik!

Diam tak diam, pelakon lelaki itu dikatakan sedang meneliti dengan positif drama terbaru tvN bertajuk “Happiness”.

Ia adalah sebuah drama thriller malapetaka di mana pada ketika itu, penyakit berjangkit ialah sesuatu yang normal. Di sebuah apartmen baru dalam bandar yang luas di mana tingkat atas dihuni oleh bahagian pemasaran am dan tingkat bawah pula disewakan. Naskhah ini menekankan perlawanan psikologi disebabkan oleh diskrimanisi golongan yang berlaku. Bandar itu kemudiannya merudum apabila malapetaka melanda dan kebanyakan individu mula dijangkiti penyakit yang membuatkan mereka dahaga teruk.

Park Hyung-sik ditawar membawakan watak Jung Yi-hyun, seorang detektif jenayah keganasan. Pernah menjadi atlet harapn dalam sukan besbol ketika di sekolah menengah namun kecederaan lutut membuatkan dia terpaksa membatalkan hasrat tersebut. Dia merupakan seorang yang bijak dan bertugas di pihak yang baik dan bukannya kerana ketamakan dunia. Han Hyo-joo pula ditawarkan untuk membawa watak heroin bernama Yoon Sae-bom.

tvn happiness

Laporan lain mengatakan bahawa Jo Woo-jin bakal melakonkan watak komander Han Tae-suk yang bertugas dalam Pasukan Perubatan Ketenteraan. Merupakan ejen maklumat semasa bertugas dalam unit kententeraan, dia kemudiannya bekerja sebagai eksekutif di syarikat farmaseutikal. Dia merupakan individu yang paling sesuai untuk menguruskan perkara berkaitan penyakit berjangkit.

Gempak juga barisan pelakon bayangan ini kan? Harap mereka semua bersetuju untuk membintangi naskhah ini!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

SUMBERIlgan Sports
Loading...