Ikuti Kami:

Drama Siasatan Romantik, Episod Awal ‘Good Job’ Raih Rating Baik

Drama Siasatan Romantik, Episod Awal ‘Good Job’ Raih Rating Baik

Rindukan gandingan Yuri Girls’ Generation dan Jung Il-woo dalam “Bossam: Steal the Fate”? Nampaknya korang kena tonton “Good Job” di ENA kini.

Sinopsis

Drama penyiasatan romantik ini membawa kisah penyiasatan yang dilakukan si pewaris kaya, Eun Sun-woo (Jung Il-woo) dan Don Se-ra (Kwon Yu-ri) yang merupakan wanita kurang kemampuan.

Dua individu bergabung

[Amaran SPOILER]

Meskipun berlainan latar belakang, Eun Sun-woo menyiasat sambil menyembunyikan statusnya sebagai si kaya dan bertemu Don Se-ra, si miskin yang turut menjalani siasatan sambil menyorokkan kuasanya dapat melihat jauh.

ena good job

Bersama-sama kedua mereka mula menjalani siasatan bersama walaupun mempunyai perbezaan yang ketara namun dengan sasaran yang sama.

Rating baik

Untuk episod perdana, “Good Job” berjaya meraih rating sebanyak 2.322% dan mengekalkan dalam lingkungan yang sama iaitu 2.219% ketika tayangan episod keduanya. Catatan ini merupakan satu angka baik buat sebuah drama yang baru bermula, jadi ramai yang menantikan perkembangan plot “Good Job” nanti.

Korang dah layan ke?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...