Ikuti Kami:

Drama Romantik Dikelilingi Dunia Kosmetik, ‘Sunbae Don’t Put On That Lipstick’ Mula Tayangan Awal 2021

Drama Romantik Dikelilingi Dunia Kosmetik, ‘Sunbae Don’t Put On That Lipstick’ Mula Tayangan Awal 2021

Rasa berbunga-bunga kan apabila menonton drama Korea yang dipenuhi dengan babak romantik tambahan pula apabila ada lelaki muda mengejar wanita yang lebih tua? Siapa yang suka plot sebegini mesti dah tak sabar nak menonton drama JTBC terbaru bertajuk “Sunbae, Don’t Put On That Lipstick”.

Drama ini membawa kisah Yoon Song-ah (Won Jin-ah) yang sudah 3 tahun bekerja di jabatan pemasaran di sebuah syarikat kosmetik. Walaupun nampak manis di luar tetapi wanita itu merupakan seorang ketua yang sangat tegas dan bagus. Sangat berdedikasi terhadap barang kosmetik sehingga matanya pasti bersinar-sinar apabila terpandang produk solekan baru.

Manakala Chae Hyun-seung (Ro-woon) pula telah bekerja dengan pasukan pemasaran selama setahun dan mempunyai wajah yang berjaya membuatkan orang jatuh cinta dalam masa sesaat sahaja. Malahan pedomannya yang utuh juga sampaikan mampu membuatkan semua orang mempertaruhkan soal nyawa mereka kepadanya dalam masa 10 minit sahaja.

sunbae don't put on that lipstick

Le Hyun-wook pula akan membawa watak Lee Jae-shin iaitu ketua kepada pasukan pemasaran yang nampak sempurna di luar tapi berserabut di dalamnya. Dia adalah satu watak yang kompleks dan talam dua muka yang merangkak ke pangkat tertinggi menggunakan muslihatnya.

Lee Joo-bin pula membawa watak Lee Hyo-joo, seorang jurugambar berbakat dan merupakan cucu kepada penaung syarikat kosmetik popular. Dek latar belakangnya yang kaya, dia dibenarkan untuk hidup sewenangnya namun jauh di sudut hati, wanita itu sangat sunyi.

Watak Lee Jae-woon dilakonkan oleh Lee Kyu-han yang merupakan seorang pengarah dan pewaris kepada satu jenama kosmetik. Tak seperti anak orang kaya lain yang sering menimbulkan masalah, lelaki ini sangat bertanggungjawab dan mempunyai kebolehan yang diperakui oleh orang lain. Bukan itu sahaja, dia juga sangat kelakar dan relaks lantas menambahkan sisi komedi drama ini.

sunbae don't put on that lipstick

Wang Bit-na pula akan membawa watak Chae Ji-seung, seorang pereka yang elegan dan bijak selain merupakan pemilik kepada sebuah butik pengantin. Selain itu, Ha Yoo-kyung akan melakonkan watak Chae Yeon-seung iaitu seorang suri rumah yang sudah pyn berkahwin selama 8 tahun. Kedua-dua Chae Ji-seung dan Chae Yeon-seung adalah kakak kepada Chae Hyun-seung.

Pelakon sampingan terakhir sekali ialah Kang Hye-jin yang akan menggalas tanggungjawab membawa watak Kim Ga-young yang lebih dikenali sebagai pereka kandungan di YouTube di bawah nama ‘Hey Jini’. Disebalik dunia glamor, dia bekerja sebagai penjual di sebuah pusat membeli-belah dan merupakan rakan baik kepada Yoon Song-ah.

Pasti ramai yang dah tak sabar, tapi anda perlu menanti sehingga separuh pertama 2021 sebelum ia ke udara di JTBC.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...