Ikuti Kami:

Drama Psikologi Thriller ‘Beyond Evil’ Bikin Cemas, Episod Awal Raih Rating Baik

Drama Psikologi Thriller ‘Beyond Evil’ Bikin Cemas, Episod Awal Raih Rating Baik

K-Drama memang hebat betul kalau diberikan tugas untuk hasilkan naskhah psikologi thriller. Contohnya macam “Beyond Evil” yang baru sahaja ditayangkan baru-baru ini.

Sinopsis ringkas

Drama ini membawa kisah dua lelaki yang sanggup melanggar undang-undang dan peraturan bagi mengejar seorang pembunuh bersiri. Bagi membongkar identiti sebenar penjenayah tersebut, mereka perlu meneliti secara mendalam setiap orang yang terlibat dengan kes tersebut dengan sering mempersoalkan diri sendiri, “Siapakah raksasa sebenar – adakah awak? Adakah saya? Adakah kita?”. Lee Dong-shik (Shin Ha-kyun) ialah seorang bekas detektif di unit jenayah ganas yang telah pun diturunkan pangkat kepada sarjan di sebuah balai polis tempatan. Manakala Han Joo-won (Yeo Jin-goo) pula ialah detektif elit yang hadir ke balai polis tersebut dengan satu rahsia.

jtbc beyond evil

Permulaan mendebarkan

[Amaran SPOILER]

Kedua-dua watak utama nyata menyimpan rahsia tersendiri malah ramai yang menebak bahawa Lee Dong-shik mungkin mempunyai masalah personaliti dan merupakan dalang di sebalik kesemua pembunuhan ngeri yang berlaku. Bahkan ramai yang pelik macam mana lelaki itu yang merupakan seorang suspek sebelum ini boleh menjadi seorang polis kini.

Bertambah pelik apabila penduduk di kejiranan Manyang sepertinya menyimpan rahsia yang besar dan sentiasa berwaspada bagi memastikan tiada siapa yang mengetahuinya. Makin curious jadinya!

jtbc beyond evil

Rating biasa

Walaupun baru sahaja bermula, namun “Beyond Evil” hanya mampu mencatat rating baik  pada awal tayangannya. Di mana episod pertamanya merekodkan catatan 4.5% dan 3.9% pada episod keduanya.

Korang kena tengok drama ini kerana katanya penonton bagi ‘thumbs up’ bila tengok lakonan hebat Yeo Jin-goo. Bagi yang dah curious, sama-sama kita nantikan rungkaian misteri di dalam drama ini pada episod akan datang.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...