Ikuti Kami:

Drama Perundangan Kelakar Tapi Selit Kisah Jenayah Sebenar, Episod Awal ‘Delayed Justice’ Raih Rating Kukuh

Drama Perundangan Kelakar Tapi Selit Kisah Jenayah Sebenar, Episod Awal ‘Delayed Justice’ Raih Rating Kukuh

Jarang betul nak tonton drama perundangan yang kelakar dalam K-Drama sejak kebelakangan ini tapi bagi sesiapa yang sukakan genre sebegitu, anda kena tonton “Delayed Justice”.

Sinopsis ringkas

Park Tae-yong (Kwon Sang-woo) ialah seorang peguam yang menggunakan kebijaksanaannya untuk menegakkan keadilan bagi golongan yang ditindas dan tidak mampu. Berbeza dengan peguam lain, dia tidak melalui jalan yang normal dalam kariernya. Selepas tamat sekolah menengah, dia tidak mendaftarkan diri untuk pendidikan tinggi namun berjaya ketika mengambil ujian guaman selepas itu. Sudah biasa dengan kesusahan hidup dek membesar dalam keluarga yang biasa, lelaki ini membesar untuk menjadi peguam pertama yang memenangi kes perbicaraan semula awam.

Park Sam-soo (Bae Sung-woo) iaitu seorang wartawan pula hanya bekerja sebagai staf kontrak sebelum menjadi wartawan dek kemahiran menulisnya yang hebat selepas tamat universiti. Disebabkan oleh sikapnya yang lembut dan baik, dia lebih senang membuat liputan mengenai berita yang tidak menyeronokkan. Kemudiannya, dia berkenalan dengan Park Tae-yong dan bergabung dengannya bagi menegakkan keadilan bagi orang yang memerlukannya.

episod awal delayed justice

Episod awal menghiburkan

[Amaran SPOILER]

Rata-rata penonton sememangnya sangat terhibur menonton dua episod awal “Delayed Justice” sebab susah untuk selitkan babak kelakar dalam kisah jenayah yang berat namun drama ini berjaya menggabungkan dua genre tersebut dengan baik. Bahkan keserasian Kwon Sang-woo dan Bae Sung-woo juga menerima pujian ramai, memang sesuai sangat mereka dipadankan.

Meskipun tergelak melihat babak kelakar tapi ramai yang tidak lupa bahawa kes jenayah yang dipaparkan dalam drama ini sebenarnya diambil daripada kisah sebenar, cuma nama mangsa dan suspek sahaja diubah. Lagi sedih apabila melihat kes dalam episod awal ini golongan OKU telah dipaksa untuk mengaku sebagai dalang sebenar dek mereka yang lemah dan takut.

episod awal delayed justice

[SPOILER Tamat]

Rating kukuh

Mungkin dibarisi oleh nama yang hebat, dua episod awal “Delayed Justice” berjaya menarik perhatian penonton. Ini kerana episod perdana naskhah ini telah mencatatkan rating sebanyak 4.6% dan 5.2% malah ianya sedikit menaik ketika tayangan episod kedua iaitu 4.7% dan 6.7%. Catatan yang baik!

Bagi yang meminati drama perundang yang kelakar, memang patut menonton “Delayed Justice” di SBS kini.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...