Ikuti Kami:

Drama Perundangan ‘Hyena’ Tamat Dengan Rating Tertinggi!

Drama Perundangan ‘Hyena’ Tamat Dengan Rating Tertinggi!

Kim HyeSu dan Ju JiHoon merupakan pelakon yang dihormati dalam industri drama Korea. Bakat kedua pelakon ini yang tiada batasan membuatkan mereka berjaya membawa watak yang versatil tanpa gagal. Sama juga dengan drama “Hyena” yang baru sahaja habis tayangan di SBS di mana mereka menunjukkan lakonan sebagai peguam yang sangat mantap!

Sinopsis pendek “Hyena”

Jung GeumJa (Kim HyeSu) ialah seorang peguam yang melanggar semua batasan bagi memastikan dia berjaya memenangi kes yang diwakilkannya. Manakala Yoon HeeJae (Ju JiHoon) pula ialah seorang peguam elit yang yakin dengan kemahirannya selain mempunyai ego yang tinggi. Kedua peguam ini pantang bertemu di mahkamah dan akan berusaha bersungguh-sungguh bagi mendapatkan kes mewah yang dialami oleh golongan 1% tertinggi dalam masyarakat.

hyena tamat

Daripada awal tayangan lagi dapat dilihat bahawa kedua-dua peguam ini memang tak sebulu langsung! Bermula apabila Heejae yang dikhianati oleh GeumJa. Disangkakan bahawa wanita itu benar-benar menyukainya, tetapi sebenarnya dia hanyalah berlakon bagi mendapatkan bukti untuk mengalahkan lelaki tersebut di mahkamah. Lagi sakit hati apabila HeeJae sedar dia ditipu apabila mereka bersua muka di dalam bilik perbicaraan sebagai lawan.

Episod akhir tamat dengan bergaya

Walaupun GeumJa dan HeeJae bercakaran pada awalnya, mereka mula bekerjasama selepas mempunyai musuh yang sama. Dek kehebatan mereka dalam perbicaraan, Song PilJung akhirnya berjaya disumbat ke dalam penjara dan kesemua peguam dan staf yang terlibat dengan kes tersebut menyambutnya dengan gembira.

GeumJa yang dibelenggu kisah lampau dengan ayahnya juga mula tenang selepas ketiadaannya. Walaupun sudah memahami perangai masing-masing, GeumJa dan HeeJae masih lagi bergaduh manja namun boleh berjabat tangan dalam menyelesaikan sesuatu kes. Satu kekurangan ialah, boleh dikatakan “Hyena” tidak masukkan sangat elemen romantik di dalamnya namun diterima akal kerana daripada awal naskhah ini memberi fokus kepada tema jenayah dan perundangan.

hyena tamat

Bahkan “Hyena” juga berjaya rating yang membanggakan sepanjang tayangannya! Episod terakhirnya berjaya memecahkan rekod peribadinya apabila mencatat purata rating sebanyak 10.7% dan 14.6% di seluruh negara. Manakala catatng rating adalah lebih tinggi di kawasan metropolitan Seoul iaitu 12.4% dan 16.5% dan rating puncaknya ialah 18.3%.

Lakonan Kim HyeSu dan Ju JiHoon nyata tidak menghampakan langsung!

Sumber: StarNews

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...