Fuh! Penat betul nak cover semua drama Korea yang sedang ditayangkan di kaca televisyen sekarang ini. Terlampau banyak sangat sampai tak menang tangan nak tengok yang mana satu. Sanggup tengok sampai dinihari sampai eyebag cecah pipi semata-mata nak tonton semua drama Korea yang ada.
Terbaru, ada satu lagi cerita best yang sedang ditayangkan di saluran kabel jTBC. Drama “Diary Of A Prosecutor” ini bergenre perundangan dan membawa nama hebat dalam dunia lakonan Korea bagi menjayakannya iaitu Jung Ryeowon dan Lee Sungyun.
Sinopsis “Diary Of A Prosecutor”
Drama perundangan ini berkisar tentang kehidupan harian pendakwa raya yang bekerja di sebuah pejabat daerah yang kecil. Lee Sungyun membawa watak Lee Sunyoung yang merupakan seseorang yang tiada langsung azam dan impian dalam kehidupannya. Jung Ryeowon pula memainkan watak Cha Myungjoo iaitu seorang pendakwa raya berbakat dan seorang yang sangat rajin bekerja di sebuah pejabat utama di Seoul dan seterusnya kehidupannya apabila terpaksa berpindah ke cawangan yang lebih kecil.
Rating ‘meletop’
Menggemparkan apabila drama yang baru ditayangkan ini berjaya merekodkan rating (5.042%) yang sangat tinggi sehingga ia melakar sejarah baru bagi saluran jTBC. Episod pertamanya mengungguli sebagai rating tertinggi untuk episod pertama bagi mana-mana drama yang pernah ditayangkan di bawah saluran itu.
Rekod episod pertama bagi drama di jTBC:
- Diary Of A Prosecutor (2019) — 5.042%
- Chief Of Staff (2019) — 4.375%
- Life (2018) — 4.334%
- Flower Crew: Joseon Marriage Agency (2019) — 4.278%
- Chief Of Staff 2 (2019) — 4.166%
- Man To Man (2017) — 4.055%
- Something In The Rain (2018) — 4.008%
- Strong Woman Do Bong Soon (2017) — 3.829%
- Miss Hammurabi (2018) — 3.739%
- The Wind Blows (2019) — 3.598%
Nantikan lagi perkembangan drama “Diary Of A Prosecutor” ini pada episod yang akan datang. Mungkin ratingnya akan mencanak naik sehingga mampu mengalahkan rekod rating tertinggi untuk saluran jTBC yang dipegang oleh drama “SKY Castle”!
Sumber: KDRAMAPAL