Ikuti Kami:

Drama Pertama, Tiffany Girls’ Generation Dilamar Bintangi ‘Chaebol Family’s Youngest Son’ Dengan Song Joongki

Drama Pertama, Tiffany Girls’ Generation Dilamar Bintangi ‘Chaebol Family’s Youngest Son’ Dengan Song Joongki

Pastinya ramai yang menanti line-up penuh untuk drama misteri “Chaebol Family’s Youngest Son” kan?

Berdasarkan daripada webtoon dengan nama yang sama, ia membawa kisah seorang yang setia berkhidmat selama 10 tahun dengan keluarga kaya namun akhirnya dibunuh selepas dituduh menggelapkan wang mereka. Dia kemudiannya dilahirkan semula sebagai anak bongsu keluarga itu dan merencana pembalasan dendam sambil mula mengambil alih sedikit demi sedikit.

Song Joong-ki dan Shin Hyun-bin masih lagi dalam perbincangan, khabarnya Tiffany (Girls’ Generation) juga dilamar untuk berlakon dalam drama berkenaan.

jtbc youngest son of the chaebol house

Jelas pihak JTBC,

Kami telah menghantar tawaran berlakon ‘Chaebol Family’s Youngest Son’ kepada Tiffany. Namun ia belum disahkan lagi.

Untuk pengetahuan, Song Joong-ki dilamar untuk membawa watak Jin Do-joon manakala Shin Hyun-bin pula sebagai Seo Min-young. Tiffany pula ditawarkan untuk melakonkan watak orang Korea yang dilahirkan di luar negara.

Sama-sama kita nantikan kesahihan barisan pelakon ini.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...