Ikuti Kami:

Drama Pertama Lepas Tamat Latihan Ketenteraan, Lee Jongsuk Dilamar Jadi Peguam Dalam ‘Big Mouth’

Drama Pertama Lepas Tamat Latihan Ketenteraan, Lee Jongsuk Dilamar Jadi Peguam Dalam ‘Big Mouth’

Meskipun bakal buat kemunculan istimewa dalam filem “The Witch 2” nanti, namun ramai yang dah ternanti-nanti naskhah baru yang bakal menampilkan Lee Jong-suk sebagai watak utama.

Menerusi maklumat daripada sumber dalam industri, pelakon lelaki itu khabarnya akan menerajui drama bertajuk “Big Mouth”. Malah agensinya turut menjawap khabar angin tersebut dan mengakui bahawa Lee Jong-suk sedang meneliti tawaran drama tersebut kini.

“Big Mouth” membawa kisah kejadian aneh yang berlaku apabila seorang peguam kelas tiga tanpa sengaja menguruskan kes pembunuhan dan mengorek dengan lebih dalam bagi membongkar kebenaran disebaliknya. Ia menyaksikan peguam kelas pertengahan yang perlu menjadi lebih ‘jahat’ daripada si penjahat bagi melindungi diri dan keluarganya selain menghukum orang jahat di dalam dunia penuh konspirasi dan ketamakan dek kuasa dan kapital.

lee jongsuk

Sekiranya menerima tawaran ini, Lee Jong-suk akan membawa watak Park Chang-ho, seorang peguam yang tidak mempunyai kejayaan langsung dan hanya mempunyai kadar kemenangan sebanyak 10% sahaja. Orang disekelilingnya menggelarkan lelaki itu sebagai ‘cakap banyak’ kerana suka cakap besar namun langsung tak menunjukkan sebarang hasil. Dia berada dalam situasi yang sangat teruk sehingga tidak mampu membayar sewa pejabatnya dan juga gaji pengurus di situ, yang juga merupakan ayah mertuanya pada waktu yang tepat.

Lee Jong-suk pastinya akan pilih drama yang terbaik sebagai naskhah pertama selepas dia pulang daripada latihan ketenteraan kan? Sama-sama kita nantikan~

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...