Utama Drama Korea Drama Permainan Masa Ala Ala ‘Kairos’ & ‘Signal’, Episod Awal ‘Times’ Raih...

Drama Permainan Masa Ala Ala ‘Kairos’ & ‘Signal’, Episod Awal ‘Times’ Raih Rating Biasa

ocn times

Selepas 2 tahun berehat, akhirnya pelakon Lee Seo-jin kembali menghiasi dunia K-Drama dengan naskhah “Times”.

Sinopsis ringkas

“Times” ialah sebuah misteri politik yang bertemakan permainan masa. Kisah bermula apabila Seo Jung-in (Lee Joo-young), anak kepada presiden Korea Selatan berjaya menghubungi Jin-woo (Lee Seo-jin), seorang wartawan yang berada pada 5 tahun lepas. Dalam menghalang kematian ayahnya, dia membongkarkan banyak rahsia berbahaya sepanjangnya.

ocn times

Pembukaan mengujakan penonton

Meskipun baru menyapa penonton, namun “Times” sudah menampilkan pelbagai babak yang padat dengan insiden mendebarkan. Malah disebabkan ia berjalan dengan pantas, penonton langsung tak rasa bosan dengan perjalanan episodnya.

Pun begitu, drama ini hanya mampu meraih rating biasa iaitu 1.6% pada episod pertamanya namun meningkat kepada 2.7% pada tayangan berikutnya.

ocn times

Kalau anda minat drama perbezaan masa seperti “Signal” mahupun “Kairos”, sudah pastinya anda akan seronok menonton “Times”.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Loading...