Ikuti Kami:

Drama Pelajar Kolej 80-an, JTBC Rilis Teaser Pertama Jung Haein & Jisoo BP Dalam ‘Snowdrop’

Drama Pelajar Kolej 80-an, JTBC Rilis Teaser Pertama Jung Haein & Jisoo BP Dalam ‘Snowdrop’

Selepas diumumkan bakal bergandingan dalam drama retro, sepertinya ramai yang dah tak sabar menantikan pasangan Jung Hae-in dan Ji-soo (BLACKPINK) dalam “Snowdrop”.

Lama mendiamkan diri, akhirnya JTBC mendedahkan sedikit ‘teaser’ buat penonton yang sekain lama menantikan drama itu.

Drama ini akan berlatar belakangkan Seoul pada tahun 1987 dan membawa kisah Im Soo-ho (Jung Hae-in), seorang pelajar di universiti berprestij yang tiba-tiba berlari masuk ke asrama wanita pada satu hari dalam keadaan berlumuran darah. Eun Young-cho (Ji-soo), seorang pelajar yang ceria dan baik hati kemudiannya telah menyembunyikan lelaki itu dan merawat lukanya walaupun dalam keadaan bahaya.

Di dalam teaser pendek itu, dapat dilihat kedua mereka menari bersama selain menatap mata satu sama lain.

Bukan sahaja mereka, pelakon lain yang akan menghiasi drama ini ialah Yoo In-na, Kim Hye-yoon, Jang Seung-jo, Yoon Se-ah, Jung Eugene dan lain-lain lagi.

Menurut JTBC, mereka akan melakukan pembaharuan kepada slot drama hujung minggu di mana ianya akan ditayangkan pada Sabtu dan Ahad pada jam 10.30 malam (waktu Korea).

Anda teruja tak nak lihat Jung Hae-in dan Ji-soo?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...