Ikuti Kami:

Drama Paling Trending Kini, Kang Taeoh Ulas Watak Dalam ‘Extraordinary Attorney Woo’

Drama Paling Trending Kini, Kang Taeoh Ulas Watak Dalam ‘Extraordinary Attorney Woo’

Baru 2 episod ditayangkan, drama “Extraordinary Attorney Woo” nampaknya telah berjaya menambat hati penonton.

Untuk pengetahuan, “Extraordinary Attorney Woo” membawa kisah seorang peguam muda dengan sindrom Asperger yang menyertai firma guaman terkenal. Selain Park Eun-bin yang membawa watak sebagai peguam autisme, Kang Tae-oh juga merupakan peneraju utama drama ini.

Dalam drama ini, Kang Tae-oh memainkan watak Lee Jun-ho, seorang kakitangan Pasukan Hal Ehwal Undang-undang dan Litigasi serta merupakan rakan kongsi Peguam Woo.

kang taeoh

Dalam temu bualnya baru-baru ini bersama dengan majalah Singles Korea, Kang Tae-oh mengulas lebih mengenai wataknya dalam “Extraordinary Attorney Woo”. Jelasnya,

Saya terpaksa menyokong Young-woo dengan hanya menggunakan mata dan reaksi kecil saya. Watak ini tidak memerlukan persembahan mewah, jadi ia lebih sukar. Oleh itu, saya meletakkan banyak usaha untuk menyatakan perkara yang saya sediakan dengan cara yang terkawal.

Sementara itu, “Extraordinary Attorney Woo” disiarkan pada setiap hari Rabu dan Khamis melalui Netflix!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...