Ikuti Kami:

Drama ‘Navillera’ Ungkap Dilema Lelaki 70 Tahun & 23 Tahun Baru Berjinak Dalam Dunia Tarian Ballet

Drama ‘Navillera’ Ungkap Dilema Lelaki 70 Tahun & 23 Tahun Baru Berjinak Dalam Dunia Tarian Ballet

Khabarnya sebuah drama baru mengenai tarian ballet bertajuk “Navillera” sudah pun mengesahkan barisan pelakonnya.

Bakal ditayangkan pada tahun 2021 berdasarkan webtoon dengan tajuk yang sama, “Navillera” membawa kisah Duk-chool yang mula menari ballet pada usia 70 tahun dan Chae-rok, seorang penari balet berusia 23 tahun yang hilang arah ketika mengejar impiannya. Drama ini akan menceritakan kisah individu yang mengejar cita-cita mereka kerana hidup ini hanya sekali.

Park In-hwan bakal membawa watak Duk-chool yang menanam impian untuk menjadi ballerino sejak dahulu dan mula mengejarnya pada usia senja. Dia mencabar diri untuk mempelajari tarian ballet bagi merealisasikan impiannya sejak dahulu lagi.

Song Kang akan melakonkan watak Chae-rok, seorang yang lambat mempelajari ballet tapi mempunyai kemahiran yang hebat. Lelaki ini hanya mempunyai bola sepak dalam fikirannya, namun selepas menonton persembahan ballet buat pertama kalinya tanpa sengaja, lelaki itu tak dapat menggambarkan perasaannya pada ketika itu. Duk-chool juga mula muncul dalam hidupnya dan mengubah segalanya.

tvn navillera

Dari kiri (atas): Park In-hwan, Song Kang; Dari kiri (bawah): Na Moon-hee, Hong Seung-hee

Na Moon-hee akan memainkan watak Hae-nam, isteri Duk-chool yang menjaga kehidupan anak-anaknya yang sudah bersar panjang seperti dirinya sendiri. Dia mahu hidup dengan diam tanpa menyusahkan orang lain, namun Duk-chool tiba-tiba memberitahu bahawa dia mahu mempelajari ballet.

Hong Seung-hee akan menggalas watak Eun-ho, cucu perempuan Duk-chool yang hidup mengikut aturan ayahnya. Selepas mengenali Chae-rok, dia mula tercari-cari impian dan kebahagiannya sendiri.

Rasanya ramai yang teruja menyaksikan kehidupan dua golongan umur yang berbeza namun mengejar impian yang sama dalam drama ini. Bahkan webtoon asal ini juga berjaya meraih rating 9.9 daripada 10, sekaligus membuktikan kepopularitiannya.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...