Ikuti Kami:

Drama Korea Pertama Song Kangho, ‘Uncle Samsik’ Bakal Tayang Separuh Pertama 2024

Drama Korea Pertama Song Kangho, ‘Uncle Samsik’ Bakal Tayang Separuh Pertama 2024

Wah!

Drama asal Disney+ “Uncle Samsik” telah mengesahkan tayangannya iaitu pada separuh pertama tahun 2024 yang diterajui oleh Song Kang-ho, Byun Yo-han dan Seo Hyeon-woo.

Drama ini berlatarkan tahun 1960-an yang huru-hara di Korea yang mengisahkan tentang Sam-sik yang sentiasa menghidangkan makanan sebanyak tiga kali sehari walaupun semasa perang dan Kim San, seorang pemuda elit yang ingin mencipta sebuah negara di mana semua orang akan menjalani kehidupan yang sempurna dan aman.

drama pertama song kang ho

Apa yang menarik tentang “Uncle Samsik” adalah, ini merupakan siri pertama Song Kang-ho dalam kerjaya lakonannya. Sebelum ini, pelakon legend itu sentiasa dilihat di layar perak seperti, “A Taxi Driver, “Parasite”, “Memories Of Murder” dan macam-macam lagi filem popular. Ia merupakan satu kelainan bagi pelakon itu.

Tambahan, pihak produksi serta Disney+ telah mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa ia bakal ditayangkan pada separuh pertama tahun 2024.

Suka betul tengok lakonan Song Kang-ho.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...