Ikuti Kami:

Drama Korea Penuh Misteri ‘Tunnel’ Kini Diadaptasi Ke Dalam Versi Indonesia!

Drama Korea Penuh Misteri ‘Tunnel’ Kini Diadaptasi Ke Dalam Versi Indonesia!

Anda pernah tak tonton drama misteri “Tunnel” yang pernah ditayangkan pada tahun 2017? Naskhah ini mendapat pujian ramai kerana jalan ceritanya yang unik selain berjaya membuatkan penonton tak senang duduk semasa menontonnya!

Naskhah yang berkisar pada tahun 1986 ini di mana seorang detektif iaitu Park Gwangho berusaha dengan jitunya bagi menangkap seorang pembunuh bersiri. Semasa mengejar penjenayah itu, dia telah melalui sebuah terowong dan tanpa sengaja telah teleportasi ke tahun 2017. Walaupun sudah 30 tahun, pembunuh itu masih lagi terlepas dan meneruskan siri pembunuhannya. Bagi melumpuhkan penjenayah itu, Park Gwangho telah bekerjasama dengan detektif lain dan seorang profesor dalam bidang psikologi kriminal pada masa kini.

drama korea tunnel

Rupanya “Tunnel” baru sahaja digarap ke dalam versi Indonesia! Khabarnya projek ini merupakan siri asli pertama bagi laman penstriman Indonesia iaitu Goplay yang dimiliki oleh Gojek. Pelakon yang menjadi tonggak utama drama ini ialah Donny Alamsyah dan Hana Malasan.

tunnel versi indonesia

Sutradara yang beranggungjawab menggarap “Tunnel” versi Indonesia ini menyatakan bahawa mereka cuba mengekalkan keaslian yang terdapat dalam versi Korea tetapi dalam masa yang sama, mereka cuba menerapkan juga elemen tempatan di dalamnya.

tunnel versi indonesia

Macam manalah agaknya drama “Tunnel” ini dalam versi Indonesia. Sama-sama kita saksikan!

Sumber: CNN Indonesia

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...