Ikuti Kami:

Drama Komedi-Romantik ‘Tale Of Nokdu’ Tamat Dengan Ending Bahagia!

Drama Komedi-Romantik ‘Tale Of Nokdu’ Tamat Dengan Ending Bahagia!

Nampaknya banyak drama Korea yang sudah sampai ke penghujungnya dalam masa terdekat ini. Pada minggu lepas sahaja, tiga drama popular iaitu “When The Camellia Blooms”, “Extraordinary You” dan “Vagabond” telah melabuhkan tirainya. Peminat K-Drama kini semakin sedih kerana mati akal nak isi masa dengan tonton drama apa lagi selepas ini kerana drama “Tale Of Nokdu” juga sudah menayangkan episod terakhir kelmarin.

episod akhir tale of nokdu

Bagi yang tak pernah dengar tentang kewujudan naskhah ini, ia mengisahkan tentang Jeon Nokdu (Jang Dongyoon) yang tinggal di sebuah pulau dengan ayah dan abangnya. Dia merupakan seorang yang sangat bijak dan mahir dalam menggunakan pedang. Sejak kecil, ayahnya menghalangnya daripada belajar dan pergi ke tanah besar. Namun begitu, pada suatu hari, ayah dan abangnya telah diserang oleh sekumpulan pembunuh upahan dan menyebabkan Nokdu mengejar salah seorang daripada mereka sehingga ke pekan. Ketika itu, dia telah terserempak dengan Dong Dongju (Kim Sohyun) yang sedang dalam percubaan memanah raja tetapi telah diselamatkan oleh lelaki itu. Sementara itu, pembunuh upahan yang dikejarnya melarikan diri ke dalam sebuah perkampungan balu wanita.

episod akhir tale of nokduSebenarnya pada awal tayangannya, rating “Tale Of Nokdu” duduk selesa di tangga pertama untuk slot tayangannya pada Isnin dan Selasa. Walaubagaimanapun, bahagia drama itu tidak panjang apabila drama “VIP” berjaya mencuri kedudukan pertama selepas memulakan tayangannya.

Menurut Nielsen Korea, episod terakhir “Tale Of Nokdu” berjaya merekodkan 6% dan 7.3% purata rating di peringkat kebangsaan. Catatan itu bagaimanapun kurang daripada rating yang direkodkan pada episod sebelumnya iaitu 6.3% dan 7.8%. Dengan itu, naskhah ini hanya mampu berdiri di tangga kedua pada akhirnya untuk slot tayangan Isnin-Selasa.

episod akhir tale of nokdu

Namun begitu, “Tale Of Nokdu” tetap mendapat pujian daripada penonton kerana plotnya yang menarik serta lakonan setiap teraju utamanya yang mantap. Mesti ada yang dah rindu dengan pasangan Nokdu dan Dongju kan?

Sumber: Soompi

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...