Penat pula asyik tonton drama jenayah dan thriller kan? Kalau teringin nak tengok drama komedi romantik, anda kenalah layan “Oh My Ladylord” yang baru sahaja ditayangkan di MBC beberapa hari lepas.
Sinopsis ringkas
“Oh My Ladylord” membawa kisah dua orang individu yang tinggal bersama iaitu seorang penulis yang ‘tidak bercinta’ dan seorang pelakon komedi romantik popular yang ‘tak boleh’ bercinta. Lee Min-ki bakal membawa watak Han Bi-su, seorang penulis drama thriller terbaik di Korea yang tidak terlibat dengan sebarang perhubungan romantik. Manakala Nana pula akan menggalas tugas membawa watak ratu romantik komedi di Korea yang tak boleh bercinta bernama Oh Ju-in.
Permulaan menghiburkan
Rata-rata penonton seronok menonton drama yang ringan dan penuh dengan momen kelakar ini. Watak Oh Joo-in nyata berjaya memikat hati ramai kerana sikapnya yang kelakar dan menyayangi ibunya meskipun merupakan seorang pelakon popular.
Keserasian di antara Nana dan Lee Min-ki juga dipuji penonton dan kebanyakannya dah tak sabar nak menonton episod seterusnya.
Pun begitu, menurut Nielsen Korea, episod pertama “Oh My Ladylord” hanya mencatatkan rating 2.1% dan 2.6% manakala ia menunjukkan sedikit penurunan pada episod keduanya dengan catatan 1.8% dan 2.2%.
Sesiapa yang sukakan drama ringan, pastinya akan terhibur menonton “Oh My Ladylord”!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.