Ikuti Kami:

“Drama Ini Tenang” – Episod Awal Raih Rating Tinggi, ‘Hometown Cha Cha Cha’ Terima Respon Positif

“Drama Ini Tenang” – Episod Awal Raih Rating Tinggi, ‘Hometown Cha Cha Cha’ Terima Respon Positif

Apa macam episod pertama “Hometown Cha Cha Cha” lakonan Kim Seon-ho dan Shin Min-ah? Best tak?

Sinopsis

Diadaptasi daripada filem “Mr. Hong”, drama romantik ini mengisahkan Yoon Hye-jin (Shin Min-ah) iaitu seorang doktor gigi yang berpindah dari Seoul ke perkampungan persisiran pantai Gongjin dan Hong Doo-shik (Kim Seon-ho) iaitu seorang pakar pelbagai kerja yang sentiasa membantu penduduk kampung tersebut.tvn hometown cha cha cha

Permulaan tenang

[Amaran SPOILER]

Yoon Hye-jin nampaknya tidak mampu menepis nasib malangnya selepas berhenti kerja di klinik besar di Seoul kerana tidak puas hati dengan ketuanya yang cekik darah. Teringatkan memori indah semasa kecil di tepian pantai Gongjin, wanita itu bergegas ke sana bagi mengingati hari jadi ibunya yang sudah lama pergi.

Walaubagaimanapun, nasib malangnya berterusan sehingga asyik dibantu oleh Chief Hong (Kim Seon-ho). Meskipun nampak tegas namun lelaki itu sepertinya sudah terpana dengan kebaikan Yoon Hye-jin sejak pertemuan pertama kali mereka di tepi pantai.tvn hometown cha cha chaBakal membuka klinik gigi di Gongjin, apalah agaknya nasib Yoon Hye-jin bersama penduduk kampung dan bagaimana dia akan bertemu dengan Hong Du-sik pada saban masa?

Respons penonton

Best drama ini, rasa relaks melihatnya.

 

Mula-mula saya rasakan bahagian tengah episod sedikit ‘longgar’, namun saya sedar kita sudah terbiasa dengan drama yang dramatik. Tapi apabila melihat Hong Du-sik yang beberapa kali terjumpa Yoon Hye-jin sangatlah best!

 

Watak Hong Du-sik memang dicipta untuk Kim Seon-ho!

 

Shin Min-ah memang sesuai dengan lakonan sebegini, sememangnya seorang ratu komedi romantik.

 

Drama ini tenang yang menghiburkan.

 

Kim Seon-ho sangat pandai berlakon sebagai watak yang biasa dijumpa setiap hari. Keluarga saya terpersona melihatnya.

 

Kim Seon-ho ialah Hong Du-sik.

 

Episod pertama pun dah best sangat!

tvn hometown cha cha cha

Rating baik

Mungkin kerana dijangkakan ramai, episod pertama “Hometown Cha Cha Cha” berjaya mencapai rekod yang membanggakan. Untuk episod pertama ini, ianya telah meraih catatan rating sebanyak 6.8% sekaligus menduduki tempat pertama bagi keseluruhan saluran kabel bagi slot tersebut.

Apa pula pandangan anda? Puas hati tak dengan episod pertama “Hometown Cha Cha Cha”?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...