Drama “One Day Destruction Came Through My Front Door” akhirnya telah mengesahkan barisan pelakon utamanya.
Drama ini merupakan kisah fantasi romantik mengenai seorang lelaki yang dikenali sebagai ‘pemusnah’ yang menyebabkan semua disentuhnya hilang dan seorang wanita yang sanggup membahayakan nyawanya untuk mengubah nasib.
Park Bo-young bakal melakonkan watak Tak Dong-kyung, seorang editor di syarikat penerbitan novel web. Dia menjalani kehidupan yang biasa sahaja sehinggalah berkait tanpa sengaja dengan nasib yang pelik sehingga membuatkan nyawa dan kehidupan cintanya menjadi bermasalah.
Seo In-guk pula akan membawa watak ‘pemusnah’ yang menandatangani kontrak bersama Tak Dong-kyung. Apabila watak yang tidak disangka terperangkap dalam nasib tragiknya, dia sanggup membahayakan cinta dan nyawanya bagi menyelamatkan wanita itu.
Lee Soo-hyuk bertanggungjawab berlakon sebagai Cha Joo-ik, rakan sekerja Tak Dong-kyung di syarikat penerbitan tersebut. Dia digamabrkan sebagai ‘pakar’ ciuman pertama dan memberi inspirasi kepada penulis novel web di syarikat itu dengan kisah romantik dek kata-kata manis dan tingkah laku yang menyentuh perasaan.
Selain itu, Kang Tae-oh menggalas watak Lee Hyun-kyu, seorang lelaki yang mempunyai banyak kekesalan mengenai cinta pertamanya. Dia merupakan rakan serumah Cha Joo-ik dan memiliki sebuah kafe. Semasa kecil, dia melarikan diri daripada cinta pertama dan kini melalui masa yang sukar sebagai dewasa supaya dapat bertemu kembali dengan cinta pertamanya itu.
Watak Na Ji-na pula akan dilakonkan oleh Shin Do-kyun, seorang penulis novel web yang terperangkap dalam cinta tiga segi di antara Cha Joo-ik dan Lee Hyun-kyu.
Seronok betul nak lihat gandingan di antara Park Bo-young dan Seo In-guk!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.