Selepas dua tahun berehat, akhirnya Go Hyun-jung kembali semula membintangi sebuah drama JTBC baru!
“A Person Similar To You” membawa kisah seorang wanita yang berpegang teguh kepada keinginannya manakala seorang wanita lain pula yang kehilangan cahaya dalam hidup kerana seorang lagi. Drama ini akan membawa kisah curang, pengkhianatan, rasuah dan balas dendam yang tercetus selepas pertemuan mereka.
Go Hyun-jung akan membawa watak Hee Joo, seorang wanita yang teguh pada keinginannya. Walaupun membesar dalam suasana yang daif dan zaman kanak-kanak yang penuh persaingan, wanita itu berjaya menjadi seorang artis dan penulis esei yang berjaya. Selepas berkahwin dengan seorang pewaris kepada pemilik dana hosiptal, dia berjaya memiliki keluarga yang bahagia. Pun begitu, dia mula menyesal dengan masa berlalu yang tidak bermakna selepas menjadi isteri dan ibu kerpa dua orang anak. Kehidupannya mula berubah selepas dia mengenali seorang wanita yang bercahaya meskipun hidup miskin.
Ini adalah merupakan drama pertama Go Hyun-jung selepas 2 tahun. Sebagai Hee Joo, pelakon ini akan menggambarkan emosi wataknya yang terbaik untuk kepuasan penonton. Pasti ramai yang tidak sabar untuk menyaksikan pengkhianatan yang dilakukan olehnya dalam drama terbaru ini.
Go Hyun-jung berlakon serius best!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.