Ikuti Kami:

Drama ‘City Couple’s Way Of Love’ Lakonan Ji Changwook & Kim Jiwon Bakal Tayang Di Netflix Disember Ini

Drama ‘City Couple’s Way Of Love’ Lakonan Ji Changwook & Kim Jiwon Bakal Tayang Di Netflix Disember Ini

Rasanya ramai yang dah tak sabar nak tonton drama pendek lakonan Ji Chang-wook dan Kim Ji-won tak lama lagi kan?

“City Couple’s Way Of Love” menceritakan kisah cinta di dalam bandar urban yang kompleks. Ji Chang-wook akan membawa watak Park Jae-won iaitu seorang arkitek yang ghairah dan jujur. Dia suka berjalan di lorong kecil dalam bandar dan mengumpul pelbagai benda. Lelaki itu juga tidak pernah melupakan wanita yang mencuri hatinya dan kemudiannya menghilangkan diri.

Lee Eun-oh (Kim Ji-won) ialah seorang pemasar yang bekerja sendiri. Dia sering berjalan ke merata tempat tanpa sebarang rancangan. Semasa sedang bercuti, wanita itu berjumpa dengan Park Jae-won di tempat yang pelik. Dia kemudiannya menukar identiti sebagai Yoon Sun-ah dan berlagak seperti mempunyai jiwa yang bebas walhal ia adalah berlainan dengan dirinya yang sebenar. Dia kemudiannya jatuh cinta dengan lelaki itu.

city couple's way of love

Drama berdurasi pendek ini bakal mempunyai 12 episod sahaja di mana setiap daripadanya hanyalah 25 minit panjangnya. Bahkan, ia dikhabarkan mungkin akan dihasilkan dalam format bermusim.

Pun begitu, drama tersebut yang dikhabarkan akan ditayangkan di platform atas talian KakaoTV membuatkan ramai penonton merasakan agak sukar untuk mereka menontonnya nanti. Jangan risau! Kerana sudah pun disahkan bahawa drama ini turut akan ditayangkan di Netflix selepas 2 jam ia bersiaran ia medium Kakao.

Seronoknya! Jangan lupa temu janji anda bersama “City Couple’s Way Of Love” bermula 8 Disember ini.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...