Ikuti Kami:

Drama Bencana ‘Dark Hole’ Tamat, Hanya Mampu Raih Rating 1% & Ke Bawah Sepanjang Tayangan

Drama Bencana ‘Dark Hole’ Tamat, Hanya Mampu Raih Rating 1% & Ke Bawah Sepanjang Tayangan

Korea memang hebat bila hasilkan naskhah thriller kan? Sama seperti “Dark Hole” yang baru sahaja menamatkan tayangannya baru-baru ini.

Sinopsis

Drama ini menceritakan kisah ‘kelangsungan hidup mutan’ di mana sekumpulan yang terselamat mula berubah menjadi mutan apabila terhidu asap misteri daripada tanah jerlus.

Gagal menarik perhatian

Meskipun bermula dengan pujian, tapi nampaknya ada penonton yang mengadu bahawa drama ini kian sukar untuk difahami akibat pelbagai elemen seperti fantasi dan misteri yang ditambah ke dalam plotnya.

ocn dark hole

Mungkin disebabkan oleh plot yang sedikit memeningkan dan berat itu, rating “Dark Hole” hanya mampu kekal selesa dalam lingkungan 1% dan ke bawah sahaja sepanjang tayangan malah kebanyakan episod hanya mampu mencatat catatan 0%. Sedikit menghampakan apabila drama OCN yang dikenali kerana plot thriller yang padat mencipta rekod sebegini.

Korang layan tak drama ini, okay ke?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...