Ikuti Kami:

“Dorang Mesti Tahu Sesuatu..” – SBS Kongsi Kompilasi Klip Adegan Manja Song Jihyo & Kim Jongkook

“Dorang Mesti Tahu Sesuatu..” – SBS Kongsi Kompilasi Klip Adegan Manja Song Jihyo & Kim Jongkook

Rupanya bukan peminat sahaja yang menyokong hubungan Song Ji-hyo dan Kim Jong-kook supaya menjadi kenyataan, sepertinya saluran SBS juga menyimpan niat yang sama.

Terbaru, SBS telah memuat naik kompilasi video Yoo Jae-suk yang sentiasa mencari peluang untuk mengaitkan Song Ji-hyo dan Kim Jong-kook dalam “Running Man”. Malah terdapat juga video pengacara itu mengusik lelaki berbadan sasa tersebut mengenai hal Yoon Eun-hye.

Meskipun ia adalah entri untuk mempromosikan rancangan terbaru Yoo Jae-suk di SBS bertajuk “Whenever There’s Chance”, ternyata SBS mahu membuktikan bahawa lelaki itu sentiasa mencari peluang untuk ‘mengenenkan’ Song Ji-hyo dan Kim Jong-kook.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by SBS (@sbsnow_insta)

Komen peminat,

  • Yoo Jae-suk mesti tahu sesuatu. Dia tak boleh sorok wajahnya.
  • Spartace selamanya!
  • Yoo Jae-suk penyokong No 1 Spartace.
  • Kami menantikan pengumuman perkahwinan antara mereka.
  • Beruntung siapa dapat jadi isteri Kim Jong-kook!

Korang pun setuju kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...