Utama K-Pop Dokumentari K-Pop Pertama Netflix, “BLACKPINK: Light Up The Sky” Temui Penonton Global...

Dokumentari K-Pop Pertama Netflix, “BLACKPINK: Light Up The Sky” Temui Penonton Global 14 Oktober Ini

blackpink light up the sky

Melihatkan kehebatan BLACKPINK dalam merebut hati ramai orang di seluruh dunia, Netflix mengumumkan dokumentari K-Pop pertama yang bakal dihasilkan di bawah laman penstriman popular itu iaitu “BLACKPINK: Light Up The Sky”.

Dokumentari itu bakal menayangkan temubual eksklusif bersama ahli kumpulan itu iaitu Jisoo, Jennie, Rosé and Lisa yang tidak pernah dilihat langsung sebelum ini. Termasuklan daripada zaman pelatih sehinggalah menjadi artis sensasi global kini.

Penonton turut dapat melihat sedutan proses rakaman untuk album penuh pertama kumpulan itu iaitu “BLACKPINK: THE ALBUM” yang menyaksikan kehidupan turun dan naik idola K-Pop selain menekankan bakat yang dimiliki setiap daripada mereka. Bukan itu sahaja, peminat juga dapat melihat sedutan ketika BLACKPINK mencipta sejarah sebagai kumpulan K-Pop wanita pertama yang menyerikan pentas hebat iaitu Coachella 2019.

blackpink light up the sky

Ahli BLACKPINK sendiri berkongsi keterujaan mereka dengan dokumentari ini,

Kami tak sabar ingin berkongsi cerita peribadi dengan BLINKS di seluruh dunia menerusi Netflix!

Dokumentari ini diarahkan oleh Caroline Suh, dihasilkan oleh Cara Mones, diterbitkan secara ekskludif oleh Jon Kamen, David Sirulnick dan Zara Duffy di RadicalMedia.

Rasanya BLINK pasti dah tak sabar nak tonton dokumentari mengenai idola kegemaran mereka pada 14 Oktober nanti kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Loading...