Ikuti Kami:

Dokumentari ‘BLACKPINK: Light Up The Sky’ Rebut No 1 Ranking Top 10 Netflix Malaysia, Tempat Ke-2 Di Netflix Global

Dokumentari ‘BLACKPINK: Light Up The Sky’ Rebut No 1 Ranking Top 10 Netflix Malaysia, Tempat Ke-2 Di Netflix Global

Dengar cerita ramai yang teruja apabila Netflix mengumumkan dokumentari K-Pop pertama yang bakal dihasilkan di bawah laman penstriman popular itu iaitu “BLACKPINK: Light Up The Sky”.

BLINKs terutamanya seronok kerana dokumentari itu dilengkapi dengan temubual eksklusif bersama ahli kumpulan itu iaitu Jisoo, Jennie, Rosé and Lisa yang tidak pernah dilihat langsung sebelum ini. Termasuklah daripada zaman pelatih sehinggalah menjadi artis sensasi global kini.

netflix blackpink: light up the sky

Penonton turut dapat melihat sedutan proses rakaman untuk album penuh pertama kumpulan itu iaitu “BLACKPINK: THE ALBUM” yang menyaksikan kehidupan turun dan naik idola K-Pop selain menekankan bakat yang dimiliki setiap daripada mereka. Bukan itu sahaja, peminat juga disajikan dengan sedutan ketika BLACKPINK mencipta sejarah sebagai kumpulan K-Pop wanita pertama yang menyerikan pentas hebat iaitu Coachella 2019.

Baru sahaja ditayangkan pada 14 Oktober lepas, dokumentari kumpulan popular tersebut berjaya menduduki tempat pertama bagi ranking 10 naskhah popular di Netflix Malaysia kini. Dahsyat!

netflix blackpink: light up the sky raih no 1

Malah ia juga berjaya menakluki ranking Netflix Global dan duduk selesa di tangga kedua dalam kategori ‘filem popular’ di laman penstriman itu.

netflix blackpink: light up the sky

Tersentuh betul melihat dedikasi 4 gadis itu bagi mencapai impian mereka sebelum disatukan di bawah nama ‘BLACKPINK’. Pastinya mereka tidak menjangka akan menjadi popular sebegini rupa meskipun baru 4 tahun menceburkan diri dalam dunia seni.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...