Memang geleng kepala lepas tonton dokumentari terbaru BBC mengenai skandal Burning Sun.
Bagi yang tak mengetahui, isu berkenaan menggegarkan Korea pada 2016 di mana beberapa selebriti seperti Seungri, Choi Jong-hoon, Joon Joon-young dan yang lain ditangkap menyebarkan pelbagai rakaman lucah tanpa kebenaran dalam satu ruang sembang.
Dalam pendedahan baru, ramai yang terperanjat apabila melihat tingkah laku Seungri berkasar dengan wanita. Malah bukti perbualan antara mereka yang tidak senonoh turut membuktikan betapa mereka hanya menganggap wanita sebagai objek.
Making my blood boiled. I need malaysians to stop inviting him to events and stuff.. yall are embarassing https://t.co/91uiCswdoN
— Ann🇲🇾🇵🇸 (@frickon_ann) May 19, 2024
Sudah dibebaskan beberapa bulan lalu selepas pertuduhan berkaitan kes itu, Seungri dilihat sering berada di Malaysia bagi berparti bersama rakan-rakan di sini. Malah sesetengah peminat tempatan juga dilihat memuat naik foto bersamanya apabila terserempak di sini.
Selepas pendedahan buruk ini, ramai meminta agar peminat supaya berfikir secara waras dan berhenti memberikan sokongan buat Seungri dek tingkah laku buruknya.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.