Ikuti Kami:

Doktor Terkenal Di Korea Dedah Ramai Buat Pembedahan Plastik Untuk Dapat Wajah Seperti Jennie BLACKPINK

Doktor Terkenal Di Korea Dedah Ramai Buat Pembedahan Plastik Untuk Dapat Wajah Seperti Jennie BLACKPINK

Bukan sahaja seorang artis berbakat, Jennie BLACKPINK juga sering menjadi bualan kerana kecantikannya yang tidak perlu dipersoalkan lagi.

Baru-baru ini, seorang peminat telah memuat naik video kompilasi di laman X, tentang beberapa pakar bedah dan doktor terkenal di Korea serta negara Asia, yang memberitahu bahawa Jennie adalah salah seorang selebriti rujukan yang paling banyak digunakan untuk pembedahan plastik.

Khususnya, ramai yang mengimpikan mata berbentuk kucing seperti Jennie, senyuman dan raut wajahnya, yang sememangnya dikagumi.

Bukan itu sahaja, setiap bahagian tubuhnya juga telah dikaji seperti gigi, pipi, bahu 90 darjahnya dan banyak lagi oleh doktor pakar, bagi memenuhi permintaan pelanggan.

Ini sekaligus membuktikan penyanyi wanita itu sebagai antara selebriti yang paling diidolai ramai kini, dengan ramai yang menjadikannya sebagai inspirasi.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   YouTube

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...