Ada drama SBS baru buat semua yang sukakan kisah romantik di luar sana!
“I’ll Become Your Night” ialah drama romantik mengenai idola popular LUNA dan doktor palsu yang tinggal bersama bagi menyembuhkan seorang ahli yang mempunyai masalah berjalan semasa tidur. JR (NU’EST) akan membawa watak Lee Shin, pemain base kumpulan tersebut. Yoon Ji-sung sebagai Kim Yoo-chan, pemain drama LUNA manakala watak Ga-on dilakonkan oleh Kim Dong-hyun (AB6IX), pemain keyboard.Watak utama pula dipegang oleh Jung In-sun iaitu In Yoon-joo, seorang yang baik hati. Dengan kebolehannya bercakap dan peramah, sia bekerja sebagai pengatur perjalanan buat warga emas dan dalam masa yang sama berimpian untuk memiliki rumah sendiri. Walaubagaimanapun selepas terlibat dengan satu kejadian, dia kemudiannya bekerja di asrama LUNA dengan membawa identiti palsu. Tinggal bersama lima lelaki, pastinya akan da kisah romantik yang berlaku kan?
Lee Jun-young akan membawa watak Yoon Tae-in iaitu ketua dan vokalis LUNA. Berjaya sejak daripada kemunculan awal, lelaki ini tidak mempunyai sebarang rasa takut. Melalui pelbagai insiden dengan In Yoon-joo, Yoo Tae-in mula mengubah dirinya yang langsung tidak benarkan sesiapa mendekatinya.
Tak sabar nantikan drama ini!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.