Ikuti Kami:

Doktor Menyembuhkan Hati, Episod Awal ‘Poong, The Joseon Psychiatrist’ Raih Rating Tinggi

Doktor Menyembuhkan Hati, Episod Awal ‘Poong, The Joseon Psychiatrist’ Raih Rating Tinggi

Peminat drama bersejarah, ada naskhah baru buat anda semua! “Poong, The Joseon Psychiatrist” sudah pun bersiaran bermula kelmarin.

Sinopsis

“Poong, The Joseon Psychiatrist” membawa kisah Yoo Se-poong (Kim Min-jae), doktor perubatan dalaman terkenal yang dihalau keluar istana diraja kerana terperangkap dalam satu konspirasi. Selepas memasuki perkampungan Gyesu, dia mula menjadi doktor yang menyembuhkan hati.

tvn poong, the joseon psychiatrist

Pertemuan bermakna

[Amaran SPOILER]

Episod awal ini membawa kisah Yoo Se-poong yang dahulunya merupakan seorang doktor hebat dan disayangi ramai, namun hilang dirinya dan tidak mampu melakukan akupuntur lagi sejak ‘kejadian’ itu.

Pun begitu, hidupnya mula menjumpa jalan hidup yang baru apabila tanpa sengaja memasuki perkampungan Gyesu dan bertemu Seo Eun-woo dan Gye Ji-han. Sepertinya akan ada sinar baharu dalam hidup Yoo Se-poong yang gelap kini.

tvn poong, the joseon psychiatrist

Rating baik

Merupakan pengganti “Link: Eat Love Kill”, “Poong, The Joseon Psychiatrist” menunjukkan prestasi yang baik apabila berjaya meraih rating 3.864% untuk episod perdananya. Lebih mengagumkan apabila catatan itu meningkat ke 5.062%.

Korang dah layan ke?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...