Ikuti Kami:

Doktor Dedah Ramai Lelaki Korea Ingin Jalani Pembedahan Plastik Untuk Dapatkan Wajah Seperti 2 Selebriti Ini!

Doktor Dedah Ramai Lelaki Korea Ingin Jalani Pembedahan Plastik Untuk Dapatkan Wajah Seperti 2 Selebriti Ini!

Kalau cakap tentang pembedahan plastik, negara Korea Selatan pastinya akan menjadi sebutan orang ramai.

Terbaru, media Korea melaporkan bahawa Jin BTS dan Cha Eun-woo merupakan nama selebriti yang paling banyak disebut dalam kalangan lelaki Korea, yang ingin menjalani pembedahan plastik.

Menurut laporan, seorang pakar bedah plastik di Korea iaitu Dr. Choi Hyun bercakap tentang wajah Jin dan Cha Eun-woo,

Mereka mempunyai ciri yang sangat simetri dan berkadar baik. Mereka juga ada aura tertentu yang membuatkan mereka menonjol daripada orang ramai.

Bagaimanapun, doktor itu menekankan,

Awak harus mempunyai matlamat yang realistik apabila merancang untuk menjalani pembedahan plastik. Ia hanya boleh berjaya dengan ciri semula jadi anda.

cha eunwoo jin bts

Untuk pengetahuan, Jin telah berjaya menduduki tempat pertama selama 2 tahun berturut-turut dari 2021 hingga 2022 dalam kategori ‘Idola Lelaki K-Pop Paling Kacak’ di laman “The Best Poll”.

Sementara itu, Cha Eun-woo juga telah berada di No.2 dalam carta ‘100 Lelaki Paling Kacak di Dunia’ pada 2021.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...