Ikuti Kami:

‘Doctor Lawyer’ Lakonan So Jisub, Im Soohyang & Shin Sungrok Akan Temui Penonton Mei Ini

‘Doctor Lawyer’ Lakonan So Jisub, Im Soohyang & Shin Sungrok Akan Temui Penonton Mei Ini

Siapa yang minat K-Drama berkaitan perubatan? Ada drama baharu untuk korang!

Pada 5 April, salah satu drama yang paling dinantikan pada tahun ini iaitu “Doctor Lawyer” telah mengesahkan tarikh tayangannya. Diterajui oleh So Ji-sub, Shin Sung-rok dan Im Soo-hyang, “Doctor Lawyer” bakal menemui penonton pada 27 Mei ini di saluran MBC.

Drama ini akan membawa kisah seorang pakar bedah genius yang menjadi peguam penyelewengan perubatan selepas kehilangan semuanya dek pembedahan yang dipalsukan dan seorang pendakwaraya Jabatan Jenayah Perubatan yang kehilangan keluarga dan orang tersayang dalam pembedahan itu. Bersama-sama, mereka menghukum sesiapa yang mempercayai bahawa nyawa seseorang dinilai menerusi harta dan kuasa mereka, selain memujuk keluarga mangsa yang tidak bernasib baik.

mbc doctor lawyer

So Ji-sub akan memegang watak Han Yi-han, seorang pakar bedah genius yang kembali sebagai peguam litigasi perubatan dalam drama itu. Seterusnya, Shin Sung-rok akan berperan sebagai Jayden Lee, pengurus Honors Hand cawangan Asia, sebuah syarikat yang pakar dalam melobi dan pelaburan.

Manakala Im Soo-hyang akan memainkan watak seorang pendakwa di bahagian jenayah perubatan Pejabat Pendakwa Daerah Pusat Seoul, Geum Seok-yeong. Geum Seok-yeong ialah seorang pendakwa yang mempunyai kepercayaan teguh bahawa penjenayah hanya akan berubah melalui hukuman.

Jangan lupa saksikan “Doctor Lawyer” bakal tayang pada 27 Mei ini!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...