Doh Kyungsoo Bakal Lawat Kuala Lumpur Dengan Konsert Jelajah Peminat Asia ‘BLOOM’
- oleh irsa
- 2 tahuns lalu
Sejak aktif dengan aktiviti solo, nampaknya ahli EXO juga kerap ke luar negara bertemu peminat.
Terbaru, D.O. EXO atau Doh Kyung-soo disahkan bakal hadir ke Malaysia dengan jelajah konsert peminat Asia ‘BLOOM’.
Penyanyi yang turut aktif sebagai pelakon untuk beberapa naskhah popular seperti “Cart”, “Along With The God”, “Bad Prosecutor” dan banyak lagi itu bakal ke Axiata Arena, Bukit Jalil pada 17 Ogos ini.

Harga tiket yang ditawarkan ialah VIP (RM928), CAT1 (RM728), CAT2 (RM648), CAT3 (RM488) di mana ia tidak termasuk tiket tempahan sebanyak RM4.
Bukan itu sahaja, peminat yang berpeluang untuk mendapat kelebihan peminat seperti aktiviti menghantar pulang, pas VIP dengan tandatangan, lanyard Bloom, poster dengan tandatangan, polaroid dengan tandatangan dan kad foto.
Nyata teruja, peminat Malaysia sudah pun membanjiri serata media sosial dengan keterujaan untuk menghadiri konsert itu nanti selain berebut membeli tiket di https://my.bookmyshow.com/events/BLOOMD24
Nantikan kedatangan ‘Bloom’ di Malaysia!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
Komen
PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




