Ikuti Kami:

Do Inbeom Kembali Ke Hospital Doldam, Penonton Tak Sabar Nantikan Penghujung ‘Doctor Romantic 2’

Do Inbeom Kembali Ke Hospital Doldam, Penonton Tak Sabar Nantikan Penghujung ‘Doctor Romantic 2’

Semakin kita menghampiri episod akhir, semakin mendebarkan plot cerita “Doctor Romantic 2”. Daripada Woojin yang mengalami masalah peribadi sehingga hampir meninggalkan Hospital Doldam dan Eunjae yang sering pengsan apabila masuk ke bilik pembedahan kerana panik semasa nak bedah pesakit dan banyak lagi.

Kim Sabu juga berterusan menerima tekanan daripada pihak atasan yang mahu menyingkirkannya keluar daripada hospital itu dan seterusnya menabur pasir dalam periuk nasinya. Satu demi satu masalah ini membuatkan para penonton jadi tak senang duduk nak nantikan kesudahan cerita kepada semua watak dalam drama perubatan ini.

doctor romantic 2

Peminat setia siri “Doctor Romantic” pasti mengetahui bahawa dua teraju utama pada musim pertama sebenarnya ialah Yoo Yeonseok yang membawa watak Doktor Kang Dongju dan Seo Hyunjin yang memainkan watak Doktor Yun Seojeong. Pun begitu, untuk musim kedua ini mereka telah membawa dua watak baru di bawah jagaan Kim Sabu iaitu Lee Sungkyung (Cha Eunjae) dan Ahn Hyoseop (Woojin).

Pun begitu, bagi meleraikan persoalan penonton mengenai kehidupan kedua watak utama musim pertama, pihak produksi telah memberikan sedikit penjelasan pada awal episod “Doctor Romantic” musim kedua ini. Kang Dongjoo dikhabarkan telah pergi menjalani latihan khidmat ketenteraan manakala Yun Seojeong pula telah ke San Diego kerana mengikuti program pertukaran pelajar selama 2 tahun. Selain itu, Doktor Inbeom (Yang Sejeong) telah pulang semula ke hospital kelolaan bapanya iaitu Hospital Geodae.

doctor romantic

Dah nak hampir penghujung ini, tanpa disangka, “Doctor Romantic 2” telah membuat kejutan dan membawa kembali watak Do Inbeom ke Hospital Doldam. Para penonton rata-ratanya memang seronok habis kerana dapat melihat kembali salah satu watak yang mewarnai musim pertama siri perubatan ini.

yang sejeong doctor romantic

Tak pasti apa yang akan dilakukan oleh doktor ini untuk kemunculan istimewanya tapi ramai yang berharap agar dia dapat membantu kesemua kakitangan Hospital Doldam daripada terus dicengkam oleh kejahatan bapanya iaitu Pengarah Do Yoonwan.

Tak sabar nak tengok ‘pergaduhan’ antara Woojin dan Inbeom pada episod akan datang.

 

Seronok nak lihat keserasian antara Do Inbeom dan Seo Woojin. Daripada hubungan pak cik dan anak saudara (dalam drama ‘Still 17’), kini mereka bertemu sebagai rakan doktor.

 

Tolonglah buat sesuatu tentang ayah awak… Muka Inbeom tiada perubahan langsung.

 

Apakah yang Do Inbeom nak lakukan di Hospital Doldam?

 

Doktor Inbeom, gembira bertemu awak kembali!

Nak saksikan kemunculan penuh Do Inbeom? Sama-sama kita tunggu pada episod akan datang!

Sumber: Newsen, SPOTVNEWS

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...