Ikuti Kami:

DKB Kongsi Senarai Lagu Untuk Album Mini Ke-4 ‘REBEL’

DKB Kongsi Senarai Lagu Untuk Album Mini Ke-4 ‘REBEL’

Kumpulan penyanyi lelaki yang terdiri oleh 9 orang ahli, E-Chan, Teo, D1, GK, Hee-chan, Lune, Jun-seo, Yuku, dan juga Harry June yang kini bernaung di bawah Brave Entertainment iaitu DKB ataupun Dark Brown Eyes khabarnya bakal kembali dengan album mini ke 4.

Setelah debut pertama mereka pada 3 Februari 2020 dengan lagu “Sorry Mama”, terbaru, mereka telah berkongsi senarai lagu bagi album mini terbaru mereka yang mengandungi 4 lagu kesemuanya.

Senarai lagu bagi album mini “REBEL” tersebut telah dimuat naik melalui akaun rasmi Instagram mereka (@official.dkb) akan dilancarkan dengan lagu-lagu seperti, “SOBER”, “GET AWAY”, “ROLLERCOASTER” dan juga satu remix bagi tajuk lagu “SOBER” tersebut.

dkbAlbum mini “REBEL” yang bakal dilancarkan pada 28 April ini seperti yang tertera di dalam poster. Setakat ini, berdasarkan konsep daripada poster, DKB berjaya meraih perhatian peminat apabila mereka tidak sabar menanti persembahan berkualiti dan memukau daripada mereka.

Korang teruja tak untuk comeback kali ini? Jangan terlepas untuk tengok semua video untuk album mini mereka okay!

Siapa bias korang dalam DKB?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...