Ikuti Kami:

Dituduh ‘Tak Sebulu’, Ramai Terharu Song Jihyo Beli Hadiah Buat Jeon Somin Ketika ‘Running Man’ Di Singapura

Dituduh ‘Tak Sebulu’, Ramai Terharu Song Jihyo Beli Hadiah Buat Jeon Somin Ketika ‘Running Man’ Di Singapura

Walaupun ada pertikaian antara peminat namun sebenarnya hubungan ahli “Running Man” sudah pun seperti adik-beradik rapat.

Umum mengetahui bahawa Jeon So-min memilih untuk mengundurkan diri dari program berkenaan pada awal bulan ini bagi memberikan masa buat dirinya berehat sebelum kembali aktif dalam dunia lakonan.

Walau bagaimanapun, terdapat segelintir ‘peminat palsu’ yang melaga-lagakan hubungan antara Jeon So-min dan Song Ji-hyo dengan berkata bahawa ahli asal tersebut seolah-olah gembira dengan pemergiannya. Hal ini berlaku apabila Song Ji-hyo dilihat memuat naik foto bersama ahli lain di laman Instagram peribadinya bagi menyambut penghujung rakaman episod istimewa di Singapura.

Nampak remeh, tapi ada yang mengatakan wanita itu sengaja memuat naik gambar tersebut walhal episod akhir Jeon So-min bersama “Running Man” secara rasmi belum bersiaran lagi pada ketika itu.

Pun begitu, hubungan mereka berdua ternyata akrab sekaligus memadam api tuduhan itu apabila Song Ji-hyo dilihat terus mengingati Jeon So-min ketika dalam tayangan episod terbaru program itu di mana ketika berada di Singapura.

Bukan sahaja memakai badge dengan gambar Jeon So-min di beg sandangnya, malah dia dilihat memilih pinggan perhiasan bernilai RM209 itu dihadiahkan kepada adiknya itu,

So-min suka warna kuning.

song jihyo

Melihatkan tindakan prihatin wanita itu, ramai yang meluahkan perasaan terharu dek hubungan yang kuat antara mereka meskipun Jeon So-min sudah pun meninggalkan rancangan tersebut.

Comel lah dorang~

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...