Pihak produksi drama “When Life Gives You Tangerines” telah tampil memberi kenyataan berhubung dakwaan layanan buruk terhadap pelakon latar.
Sebelum ini, beberapa hantaran yang mendedahkan dakwaan layanan tidak wajar terhadap pelakon latar semasa penggambaran telah tersebar di komuniti dalam talian dan media sosial. Seorang pemberi maklumat mendakwa bahawa pihak produksi enggan membelanjakan wang untuk pelakon bukan selebriti, menyebabkan peserta warga emas dibiarkan dalam keadaan sejuk dan kelaparan.
Tuduhan lain menyatakan bahawa semasa penggambaran dalam musim sejuk yang teruk, pelakon latar tidak dibenarkan memakai pakaian haba atau pakaian dalam yang tebal, memaksa mereka untuk bertahan dalam cuaca sejuk melampau. Terdapat juga dakwaan bahawa pelakon tambahan dipaksa memotong rambut mereka tanpa kerelaan bagi menyesuaikan diri dengan era latar masa dalam drama tersebut.
View this post on Instagram
Seorang wakil dari siri asal Netflix “When Life Gives You Tangerines” memberikan kenyataan kepada media,
Kami sedang mengesahkan fakta-fakta berkenaan situasi ini. Untuk mana-mana kes yang disahkan, kami akan melakukan semakan menyeluruh bagi memastikan kejadian seperti ini tidak berulang.
“When Life Gives You Tangerines” ialah drama 16 episod yang mengisahkan perjalanan hidup Ae-soon (IU), seorang gadis pemberontak dari Jeju, dan Gwan-sik (Park Bo-gum), seorang lelaki romantik yang naif. Drama ini mula ditayangkan pada bulan Mac tahun ini dan mendapat sambutan hangat di peringkat global, sekaligus menjadi antara drama terbaik tahun 2025.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.