Ikuti Kami:

Dituduh Membuli Di Sekolah Selama 6 Tahun, Agensi Nam Joohyuk Beri Respon

Dituduh Membuli Di Sekolah Selama 6 Tahun, Agensi Nam Joohyuk Beri Respon

Nampaknya, Nam Joo-hyuk turut tidak terkecuali dalam tuduhan membuli sewaktu di zaman persekolahannya dahulu.

Menurut laporan media eksklusif pada 20 Jun, seorang pemberi maklumat tanpa nama menuduh bahawa Nam Joo-hyuk telah terlibat dengan kes membuli di sekolah selama 6 tahun, di kedua-dua sekolah menengah dan rendahnya.

Pemberi maklumat menunjukkan gambar buku tahunan sebagai bukti dan mendakwa Nam Joo-hyuk adalah sebahagian daripada kumpulan yang membuli rakan sekelas lain dengan memukul, mengutuk, mengambil wang mereka dan banyak lagi.

nam joohyuk buli

Bukan itu sahaja, mangsa buli itu turut mendakwa bahawa Nam Joo-hyuk membulinya dengan membaling isian semula pensil mekanikal ke arahnya dan menarik kerusinya. Tambahnya, mangsa lain yang jauh lebih teruk dibuli daripadanya kini berjumpa pakar psikiatri dan mengelak daripada menonton TV dek populariti pelakon itu baru-baru ini menerusi “Twenty Five, Twenty One”.

Sejurus selepas isu ini tular di sosial media, agensinya Management SOOP telah mengeluarkan kenyataan rasmi,

Kami telah mendengar artikel itu dan sedang meneliti kesahihannya.

Semoga tak betul la semua ini…

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...