Ikuti Kami:

Dituduh Membahayakan Nyawa Panda, Netizen China Kritik BLACKPINK

Dituduh Membahayakan Nyawa Panda, Netizen China Kritik BLACKPINK

Ramai rasanya dah tak sabar nak menyaksikan episod terakhir rancangan realiti BLACKPINK iaitu “24/365 with BLACKPINK” yang bakal ditayangkan minggu ini.

Bagi menaikkan keterujaan peminat, sebuah klip pendek telah diriliskan sebagai teaser episod tersebut. Seronok betul lihat BLACKPINK melawat taman tema Everland dan bermain dengan panda yang tinggal di situ.

Walaubagaimanapun, masalah mula timbul apabila netizen daripada China telah mengkritik klip tersebut dan mengatakan bahawa kumpulan itu telah pun ‘membahayakan’ nyawa anak panda di situ.

blackpink dikritik pegang anak panda

Salah satu daripada panda yang dilihat di dalam klip tersebut ialah Fubao yang baru sahaja berusia 3 bulan. Meskipun lahir di Korea tetapi secara teknikalnya, haiwan itu masih lagi menjadi milik China. Sama seperti kebanyakan panda yang ditempatkan di seluruh dunia, di mana mereka hanya ‘menyewa’ daripada China.

Dana untuk menyewa panda boleh mencecah sehingga harga 1 milion USD setahun dalam kontrak diplomatik 10 tahun dan zoo luar negara perlu membayar cukai tambahan sebanyak 400,000 USD sekiranya ada anak panda yang lahir dalam jagaan mereka.

Disebabkan panda yang tinggal di Everland itu dimiliki oleh China, pihak Panda World sepatutnya mengikut peraturan ketat bagi memastikan haiwan itu jauh daripada bahaya dan penyakit. Salah satu peraturannya ialah memastikan orang awam tidak menyentuh panda atau pun mendekatinya dalam apa situasi sekali pun. Menurut Pengurusan Kerajaan China, membiarkan individu bukan profesional menyentuh panda ini akan meningkatkan lagi risiko haiwan tersebut dijangkiti jangkitan zoonotic.

blackpink dikritik pegang anak panda

Bukan itu sahaja, peraturan itu turut menyatakan bahawa sesiapa yang mempunyai haiwan peliharaan di rumah tidak sepatutnya mendekati panda bagi memastikan penyakit seperti campak daripada anjing akan menjangkitinya. Disebabkan panda merupakan antara haiwan yang berada dalam bahaya, kerajaan China sangat mementingkan kebajikannya.

Disebabkan BLACKPINK memegang Fubao tanpa sebarang pengetahuan profesional dan mereka juga mempunyai haiwan peliharaan di rumah, rata-rata netizen China meluahkan rasa tidak puas hati dengan situasi tersebut. Bahkan artikel mengenai isu ini sudah pun trending di laman Weibo, sebuah media sosial yang popular dalam kalangan rakyat China.

Malah ramai yang mengkritik ahli BLACKPINK kerana memegang panda sambil mengenakan solekan dan wangian, malah bermain dengan haiwan kecil itu tanpa menyarung sarung tangan.

blackpink dikritik pegang anak panda

Apa pun, kebanyakan daripada komen ini tidak menyalahkan BLACKPINK tetapi meletakkan kesalahan itu ke atas pihak Everland yang tidak mematuhi peraturan yang sudah pun sedia maklum.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...