Ikuti Kami:

Dituduh Lakukan Gangguan Seksual, Datuk Bandar Seoul Ambil Nyawa Sendiri Selepas Menghilangkan Diri

Dituduh Lakukan Gangguan Seksual, Datuk Bandar Seoul Ambil Nyawa Sendiri Selepas Menghilangkan Diri

Semalam kecoh apabila dilaporkan Park Won-soon iaitu Datuk Bandar Seoul tiba-tiba menghilangkan diri tanpa khabar berita. Perkara itu dilaporkan oleh anak perempuannya sekitar 5.17 petang dan menjelaskan bahawa ayahnya itu keluar rumah dan meninggalkan sesuatu yang berbunyi seperti wasiat.

Selepas laporan tersebut diterima, lebih 770 pegawai polis, ahli bomba dan ambulans digerakkan bagi misi mencari figura penting itu di sekitar kawasan rumahnya dan di Tokong Gilsanga bertempat di Seongbuk-dong, Seoul di mana isyarat telefon bimbitnya dikesan buat kali terakhirnya.

datuk bandar park wonsoon seoul bunuh diri

Selepas beberapa jam proses mencari dijalankan, mayak Park Won-soon akhirnya dijumpai tengah malam semalam di Pintu Seokjungmun yang terletak kira-kira 1.7km daripada rumahnya. Dikhabarkan bahawa beliau membuat keputusan drastik untuk mengambil nyawanya sendiri.

Sebelum dilaporkan hilang, Datuk Bandar yang berusia 64 tahun itu langsung tidak masuk pejabat pada hari Khamis dengan alasan masalah kesihatan. Menurut mesej yang diterima oleh wartawan, kesemua perjumpaan dan acara yang patut dihadirinya pada hari Khamis dibatalkan dengan alasan yang ‘tidak dapat dielakkan’.

Walhal figura itu membuat kemunculan umum pada hari Rabu untuk sidang akhbar “Green New Deal” di mana tujuannya adalah untuk mengekang pengeluaran karbon dioksida dan dalam masa yang sama turut membuka lebih banyak peluang perkerjaan.

datuk bandar park wonsoon

Lebih mengelirukan apabila Park Won-soon sebenarnya baru sahaja dituduh melakukan gangguan seksual di tempat kerja dan insiden itu dilaporkan sendiri oleh setiausahanya yang mula bekerja sejak tahun 2017. Bahkan wanita ini turut memberikan segala perbualan mesej dirinya bersama Datuk Bandar tersebut menerusi aplikasi Telegram sebagai bahan bukti kepada pihak polis.

Bukan itu sahaja, mangsa mengatakan bahawa dia bukanlah satu-satunya mangsa malahan terdapat wanita lain yang turut mengalami perkara yang menjijikkan itu namun tidak menceritakan hal tersebut kepada umum kerana takut dengan Park Won-soon. Sebenarnya, pihak polis sudah pun bersedia untuk memanggil Datuk Bandar tersebut dan beberapa pegawai kerajaan Seoul untuk menjalani siasatan tetapi perkara yang tidak diduga ini berlaku.

datuk bandar park wonsoon

Disebabkan oleh itu, kesemua aduan mengenai gangguan seksual yang difailkan ke atasnya juga turut dihentikan. Ini kerana, apabila suspek yang berada di bawah siasatan meninggal, pihak pendakwa perlu membatalkan kes tersebut dan ‘tiada hak untuk mendakwa’.

Kerajaan negeri Seoul mengatakan bahawa pihak mereka akan mengadakan majlis pengebumian buat Park Won-soon dan dalam usaha untuk membina pelan di luar jangkaan buat sementara waktu ini disebabkan oleh kes bunuh diri Park Won-soon.

Pun begitu, semua orang diminta tidak membuat sebarang spekulasi mengenai punca sebenar yang membuatkan beliau nekad mengambil nyawanya sendiri.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...