Ikuti Kami:

Dituduh Jalani Pembedahan Plastik Sebelum Ini, Foto Terbaru Park Minyoung Jadi Perhatian

Dituduh Jalani Pembedahan Plastik Sebelum Ini, Foto Terbaru Park Minyoung Jadi Perhatian

Siapa tak kenal Park Min-young? Antara pelakon wanita yang sering menjadi teraju utama K-Drama, sudah pasti ramai yang mengikutinya.

Baru-baru ini, sebuah entri di Instagram miliknya telah menjadi perbualan netizen dalam dan luar negara kerana ‘kelainan’ pada wajahnya. Malah ada yang menganggap Park Min-young menjalani pembedahan plastik hingga membuat dagunya bertambah runcing.

Pun begitu, tuduhan itu sepertinya hanya dakwaan tidak berasas semata-mata apabila pelakon itu membuat kemunculan dalam sesi pembacaan skrip drama terbaru tvN iaitu “Love In Contract”.

park minyoung

Daripada video itu, raut dan bentuk muka Park Min-young masih kelihatan sama seperti biasa walaupun dengan gaya rambut keriting besar. Bahkan setiap sudut kamera yang merakamnya tidak menampakkan sebarang perbezaan yang ketara dari sebelumnya.

Disebabkan itu, ramai yang menebak bahawa gambar yang tular sebelum ini menampakkan wajah Park Min-young sedikit runcing kerana diet ekstrem mahupun gaya rambut ekor kuda yang membuatkan mukanya lebih tirus.

park minyoung

Dalam pada itu, Park Min-young bakal bergabung bersama Go Kyung-pyo dan Kim Jae-yong menerusi “Love In Contract” di mana ia membawa kisah seorang wanita yang menyediakan perkhidmatan pembantu merangkap ‘isteri kontrak’ kepada orang bujang, yang memerlukan pasangan untuk dibawa ke perhimpunan pasangan suami isteri dan perjumpaan sekolah.

Biasa je kan wajah Park Min-young?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...