Ikuti Kami:

Dituduh Dera Haiwan Peliharaan Sendiri, Kim Wooseok UP10TION Mohon Maaf

Dituduh Dera Haiwan Peliharaan Sendiri, Kim Wooseok UP10TION Mohon Maaf

Baru-baru ini, terdapat satu isu di mana netizen menyuarakan kebimbangan mereka mengenai keadaan haiwan peliharaan ahli UP10TION iaitu Kim Woo-seok.

Isu itu bermula apabila diketahui bahawa Kim Woo-seok telah memutuskan untuk mengambil haiwan peliharaan lain dan menambah kucing untuk keluarganya. Setelah diketahui umum bahawa idola itu telah mengambil dua ekor anjing yang dinamakan Dda Dda dan Ppo Ppo (nama anjing).

Kebimbangan itu dibangkitkan apabila idola itu mengambil haiwan peliharaan itu dalam tempoh yang singkat bermula pada 2020, walaupun sewaktu dia alah kepada kucing. Dalam pada itu, ramai peminat telah melihat Kim Woo-seok mengendalikan anjingnya dengan cara yang kasar seperti mencengkam anjing-anjing itu di kaki hadapannya.

Peminat menjadi bertambah bimbang dengan Kim Woo-seok kerana baka anjing ini diketahui mempunyai sendi yang lemah. Oleh itu, netizen bimbang bahawa cara pengendalian kasar Kim Woo-seok boleh menyebabkan masalah kesihatan yang serius untuk haiwan peliharaannya.

Selain itu, Kim Woo-seok telah mendedahkan kepada netizen bahawa pengurusnya adalah orang yang mahir menjaga anjing seperti dandanan dan pembersihan. Oleh kerana itu, ada yang mengkritik bahawa idola itu tidak sepatutnya mengambil begitu banyak haiwan peliharaan sekaligus jika dia tidak dapat menjaganya sendiri.kim wooseokNetizen menjadi lebih prihatin terhadap haiwan peliharaan Kim Woo-seok apabila seorang netizen menyiarkan foto sebelum dan selepas anjing peliharaannya. Dalam foto sebelum ini,anjing itu didandan rapi dengan bulu yang gebu. Walau bagaimanapun, dalam foto terbaharu, bulu anjingnya kurang gebu dan kelihatan kusut.

Ramai netizen mempunyai perdebatan hangat tentang sama ada Kim Woo-seok mendera haiwan peliharaannya kerana cara dia menonjolkan kasih sayangnya agak kasar dan hampir sukar untuk dikendalikan. Disebabkan perkara sebegitu, ada juga beberapa ‘Youtuber’ lain yang turut mengikuti cara Kim Woo-seok dalam mengendalikan haiwan peliharaan mereka.

Terbaru, Kim Woo-seok juga dilihat menyedari perkara tersebut dan meninggalkan mesej di aplikasi Bubble dengan berkata,

Saya berusaha untuk menyedari semua keadaan ini. Saya juga memikirkan semula kesalahan dan kritikan terhadap saya. Saya akan berusaha lebih dan akan belajar lebih banyak.

Benda pun dah jadi. Tetapi, sekurang-kurangnya, Kim Woo-seok menyedari dan akan memperbaiki kesilapannya kan? Semoga semuanya baik-baik sahaja!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...